Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli secara online kerana bukan hanya memudahkan, malah ia jauh lebih jimat kerana ditawar dengan harga lebih murah.
Aplikasi Shopee antara platform yang menjadi pilihan orang ramai untuk membeli secara atas talian. Namun begitu, pernahkah korang terfikir berapa banyak duit yang telah dikeluarkan untuk perbelanjaan korang di aplikasi itu?
Kini, korang boleh mengira semula perbelanjaan di Shopee dengan mudah. Jom kita lihat bagaimana caranya.
1. Layari laman Github dan salin kod yang ditawarkan
2. Selepas itu, pergi ke laman Shopee dan pilih ‘Pembelian Saya’
3. Kemudian, klik-kanan pada laman berkenaan dan pilih ‘Inspect’
4. Cari bahagian bawah tab, pilih Console. Tampal kod yang disalin tadi dan tekan enter
5. Skrip akan berjalan untuk beberapa saat dan seterusnya memaparkan jumlah perbelanjaan yang korang telah lakukan di Shopee.
Mudah sahaja kan? Dari sini bolehlah korang cuba untuk ‘bermuhasabah’ diri dengan melihat setiap perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Hiks!
Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Ganjaran Motosikal Dan Percutian, Sekolah Beri ‘Hadiah’ Pelajar Berkehadiran Penuh
Isi Kandungan
TogglePernah terbayang tak anda akan menerima hadiah luar biasa kerana hadir penuh ke sekolah?
Ponteng sekolah merujuk kepada tindakan pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara sengaja untuk pergi ke tempat lain. Pelajar yang sering ponteng sekolah biasanyan sudah tahu destinasi yang ingin di tuju seperti kafe siber, restoran makanan segera, pusat membeli belah dan tempat menonton wayang. Gejala ini jika tidak dibendung akan menjadi seperti kudis menjadi tokak.
Selalunya pihak sekolah akan memberikan ganjaran biasa-biasa seperti aksesori alat tulis mahu pun buku?
Tapi tidak sekolah ini, menggunakan cara kreatif iaitu memberikan ganjaran yang bukan sedikit nilainya, SMK Batu Laut, Selangor sanggup mengeluarkan belanja (sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta guru-guru) demi merangsang kehadiran penuh anak muridnya ke sekolah.
Best kan?
Perkara yang dikongsikan oleh salah seorang pelajar melalui ciapan di Twitter ini telah mendapat lebih 18,000 ulang ciap dan 18,700 sukaan.
Memberi inspirasi dan semangat untuk pelajar datang 100% kehadiran ke sekolah.
Dijalankan di bawah Program Ponteng Sifar (PROPONSIF), pelajar yang mendapat tempat pertama kehadiran penuh mendapat hadiah sebuah motosikal, manakala di tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menerima pakej percutian ke Langkawi dan sebuah televisyen.
Bukan Biasa-Biasa Hadiahnya
Pemenang ini merupakan pemenang yang dipilih berdasarkan undian cabutan bertuah daripada kesemua pelajar yang berada dalam senarai kehadiran 100% dan ketiga-tiga ini merupakan hadiah utamanya, manakala yang lainnya akan menerima peralatan persekolahan.
Bagus inisiatif yang dilakukan oleh pihak SMK Batu Laut, Selangor ini. Moga lebih banyak inisiatif kreatif dilakukan lagi untuk membendung masalah dikalangan pelajar dan remaja.
Good job buat pihak sekolah dan para guru sekolah ini, sekolah lain bila nak ikut jejak ini?
Sumber : blast_channel , Twitter
Ubat Antiviral Paxlovid Tiba Mac, ‘Penawar’ Baru Covid-19 Di Malaysia
Para saintis mungkin tengah bertungkus lumus mencari penawar bagi COVID-19. Malah wabak yang telah mengakibatkan ribuaan kematian selain jutaan dijangkiti di seluruh dunia membuatkan semua pihak ternanti-nanti bilakah ianya akan berakhir.
“Penawar” terbaru bajal tiba di Malaysia tidak lama lagi, penawar yang penulis maksudkan ialah ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer untuk merawat Covid-19.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau mengesahkan Malaysia akan menerima sebanyak 110,000 ubat antiviral Paxlovid ini.
Malah, perkara ini turut dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di di laman Facebooknya. Menurut beliau, ubat tersebut disyorkan untuk rawatan pada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen.
Walau bagaimanapun, Paxlovid tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Namun begitu, Anti-viral Paxlovid bukanlah bertujuan sebagai pengganti kepada vaksinasi COVID-19 dan pengganti kepada tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP untuk elakkan dijangkiti Covid-19.
Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yang merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus dari membiak. Ritonavir pula melewatkan process pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dlm tempoh lebih lama.
Paxlovid tidak diberikan berterusan untuk lebih 5 hari. Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 dan dalam tempoh masa 5 hari gejala bermula untuk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) utk dua kali sehari selama 5 hari; Jumlah keseluruhan 30 biji ubat).
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Kosmo & Facebook Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah
Gadis Sabah Cemerlang, Pelajar Berkeperluan Khas Rangkul Juara ‘Storytelling’ Di Australia
Usaha tangga kejayaan…Syabas diucapkan buat dua pelajar Sabah yang berjaya gelaran juara ‘Storytelling’ di bumi Australia.
ARTIKEL BERKAITAN : Jadi Wanita Islam Pertama Dalam Diplomat UK, Siapa Sebenarnya Fouzia Younis Ini?
Walaupun bergelar pelajar berkeperluan khas, namun Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley dari Kolej Vokasional Keningau, telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Hal ini selepas duo Sabahan ini memenangi hadiah pertama di Festival Seni Antarabangsa secara dalam talian (online) berpangkalan di Australia pada 20 Mac lalu dan membuktikan pelajar di Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar lain dari luar negara.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pertandingan anjuran Monolit Festival itu telah memberi pengiktirafan tersebut kepada video persembahan pasukan ini yang bertajuk “John & Ibu Sihir” dalam Kategori Dewasa – Penceritaan Berilustrasi.
Hanya Guna Kad Cerita Yang rawak
Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, Nurosimah dan Brenda masing-masing berusia 18 tahun merupakan pelajar jurusan pembuatan pakaian di kolej itu dan mereka berdua baru sahaja menduduki peperiksaan hujung tahun.
Menurutnya, mengenai karya yang dimenangi kedua-dua pelajar ini, mereka telah menggunakan kad cerita yang rawak sebagai asas penulisan karya asli mereka dengan menyerapkan unsur fantasi dan dongeng melalui watak ahli sihir.
Mereka telah berjaya menulis dan menyampaikan cerita tersebut dalam Bahasa Melayu yang disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris. Ianya menceritakan seorang lelaki bernama John yang terkejut melihat seorang ahli sihir bersama adiknya di rumah mereka apabila dia balik dari tempat kerjanya.
Tonton di Youtube
Christine turut memuji usaha pelajar-pelajarnya yang cekal mengasah bakat mereka dan wajar dijadikan amalan untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Sementara itu, menurut Nurosimah ketika dihubungi, dia dan rakan baiknya Brenda sangat gembira kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.
“Kami tidak sangka mendapat tempat pertama, ini akan menjadikan kami lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi bakat kami dan berjaya dalam bidang yang kami ceburi kelak,” katanya.
Congrats Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley!
BACA LAGI : #GirlPower: Pelajar KV Keningau Sabah Dinobatkan Juara Pertandingan Menulis Haiku Peringkat Antarabangsa
BACA LAGI: Atlet Sabah Kuasai Acara Pecut Lelaki MSSM 2022. Pengiran Aidil Auf Gondol Tiga Emas!
Sumber : (1)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.