Sudah tentu rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah giliran mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin dan mungkin ada yang risau jika terlepas giliran kerana terlepas pandang.
Bagi mereka yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin, korang boleh menyemak status temujanji suntikan vaksin dengan hanya melakukan satu cara mudah.
Pergi ke laman web vaksincovid.gov.my, pilih SEMAK TEMUJANJI VAKSINASI ANDA dan masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon yang didaftarkan, kemudian tandakan pada I’m not a robot dan jawab soalan mudah.
Selesai menjawab soalan, maklumat tentang status, tarikh dan masa temujanji akan dipaparkan.
Selain itu, korang juga akan menerima notifikasi melalui MySejahtera atau SMS apabila tarikh temu janji vaksinasi yang telah ditetapkan. Maklumat temu janji hanya akan dikemaskini 14 hari sebelum tarikh vaksinasi korang.
Takut terlepas pandang lihat di aplikasi MySejahtera, korang bolehlah cuba semak dengan cara lain yang kami kongsikan ini biar puas sikit hati dapat tengok dengan jelas kan. Hiks!
Sumber: vaksincovid.gov.my
Risau ‘Si Oyen’ Sakit? Cuba Aplikasi Yang Mampu Nilai Emosi Kucing Melalui Kerutan
Bagi pencinta ‘si bulus’, ‘oyen’ atau apa saja panggilan comel yang korang berikan kepada kucing peliharaan, sebagai penjaga mereka, kita memerlukan dedikasi tinggi untuk menjaga mereka.
Bagi mana-mana penjaga kucing, sudah tentu perkara yang paling merisaukan adalah apabila haiwan peliharaan jatuh sakit. Bahkan, ada yang sanggup berhabis beratus ringgit untuk memberi rawatan buat si bulus. Bukan murah tau kos merawatnya. *we know, sobs*
Apabila melihat kucing mulai merengek atau seakan tidak boleh duduk diam, kita sendiri akan tertanya-tanya apakah isu kesihatan yang sedang mereka hadapi.
Namun jangan risau. Sebelum membawa mereka ke klinik haiwan, mungkin semua itu boleh dijawab dengan adanya teknologi canggih sekarang.
Baru-baru ini, sebuah syarikat teknologi kesihatan haiwan dari Calgary, Kanada iaitu Sylvester.ai telah menghasilkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai Tably. Sebelum ini ia dikenali dengan nama ‘Happy Or Not’. Aplikasi ini dipercayai mampu menilai emosi kucing korang dan sangat mudah untuk digunakan.
Dengan menghalakan kamera telefon ke arah wajah kucing, korang sudah dapat tahu emosinya pada ketika itu; sama ada ia sedang merasa sakit atau tidak.
Aplikasi ini juga dicipta berdasarkan satu kajian pada tahun 2019 yang diterbitkan jurnal Scientific Reports. Menerusi kajian itu, ia mendapati bahawa ‘skala kerutan kucing’ atau feline grimace scale (FGS) adalah alat sah yang boleh dipercayai untuk menilai ketepatan tahap kesakitan kucing menggunakan algoritma.
Hanya dengan melihat kepada telinga, mata, misai dan kedudukan kepala kucing, ia boleh memberikan keputusan dalam masa singkat.
Aplikasi ini juga diakui membantu oleh doktor haiwan muda.
Kata Dr. Liz Ruelle dari Wild Rose Cat Clinic di Calgary, di mana pemaju aplikasi melatih algoritma, “Tably mempelajari corak gambar wajah kucing dan membantu mengetahui emosi kucing anda. (Tetapi) pemilik kucing juga harus melihat keadaan seluruh tubuh haiwan peliharaan mereka.”
Jika kucing korang nampak tidak aktif seperti biasa, bolehlah ikhtiarkan aplikasi Tably ini, mana tahu membantu kan! Tapi, sekiranya keadaan kucing menjadi lebih teruk dan tidak pulih, segeralah bawanya berjumpa doktor haiwan untuk dapatkan rawatan selanjutnya.
Isu Boikot: BDS Malaysia Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM6 Juta Dari McDonald’s Malaysia
Gerakan yang mempromosikan kempen memboikot perkara atau produk yang dikaitkan dengan Israel memaklumkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadapnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “What A Lame Excuse..” – Didakwa ‘Memerli’ Situasi Palestin, ZARA Tampil Beri Kenyataan
Menurut BDS Malaysia, pihaknya, baru-baru ini, menerima writ saman mendakwa gerakan itu memfitnah francais makanan segera itu.
“Mereka mendakwa perniagaan terjejas sejak kebelakangan ini dan menyalahkan kami. Kami menafikan secara mutlak. Oleh itu, keputusan kami ialah biar mahkamah putuskan perkara ini,” kata BDS Malaysia di X.
McDonald’s Malaysia is suing BDS Malaysia. They claim their business has suffered lately and are blaming us. pic.twitter.com/TMM89lt0f9
— BDS Malaysia (@BdsMalaysia) December 29, 2023
Menurut gerakan itu, ia mendapatkan khidmat sebuah firma guaman dan akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci selepas menerima nasihat peguam.
BDS Malaysia, entiti bebas terdiri daripada badan bukan kerajaan, kumpulan, dan individu yang mempromosikan kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan terhadap Palestin menerusi boikot, lupus dan sekat.
Sejak Israel melancarkan pembantaian di Semenanjung Gaza, rakyat Malaysia menyeru pemboikotan beberapa francais.
Sementara itu, McDonald’s Malaysia mengesahkan ia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Di dalam writ saman tersebut, McDonald’s Malaysia telah mengemukan beberapa tuntutan antaranya pembayaran ganti rugi khas berjumlah RM6 juta, yang tidak termasuk ganti rugi am dan ganti rugi teladan.
McDonald’s Malaysia turut menuntut supaya gerakan itu menyiarkan permohonan maaf di laman web, Facebook dan Instagram dalam masa 48 jam daripada tarikh writ, dan tidak boleh dipadam sehingga bila-bila.
Pihak mereka juga menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.
“Walaupun kami memahami dan menghormati tindakan boikot adalah keputusan individu, kami percaya ia harus berdasarkan fakta yang benar dan bukan dakwaan palsu,” menurut kenyataan itu.
Media, sebelum ini, melaporkan tindakan McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada rejim Zionis adalah tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald’s Malaysia.
McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) dilaporkan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perbincangan yang berlaku di media sosial berkaitan McDonald’s Israel.
Katanya, keputusan sebelah pihak yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.
“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh tindakan individu yang dimaksudkan dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” kata dalam kenyataan, baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro, TRPBM
Individu Boleh Dikenakan Hukuman Berat Jika Buat Jenayah Di Mekah & Madinah
Apabila kita berada di tempat orang, memang sudah menjadi kewajiban untuk menghormati budaya dan mengikut peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh tempat dimana kita berada.
Lebih-lebih lagi, jika tempat persinggahan itu merupakan tempat suci atau beribadah bagi agama masing-masing termasuk agama Islam yang sinonim dengan ibadah umrah dan haji yang sering dilakukan di Mekah serta Madinah.
Terbaru, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, setiap individu yang didapati bersalah melakukan jenayah di Mekah dan Madinah boleh dikenakan hukuman berat termasuk bunuh atau potong tangan.
Selain itu, pelaku tersebut juga tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
“Bentuk hukuman itu bergantung kepada jenis kesalahan. Kalau di Arab Saudi kesalahan bagi mencuri dikenakan hukuman potong tangan, maka kena potong tangan”
“Begitu juga bunuh. Kecuali jika mahkamah memberi kemaafan di atas sebab-sebab tertentu, (kalau tidak, perlu) terima hukuman itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada 6 November.
Dalam pada itu, jemaah dari Malaysia perlu tahu bahawa melakukan jenayah di luar negara terutamanya di kota suci Mekah sudah tentu kesannya adalah berdosa besar.
Ia kerana kawasan tersebut sepatutnya menjadi lokasi untuk umat Islam mendapat keberkatan dan mengumpul pahala berganda sebagai bekalan di akhirat kelak.
“Mereka yang melakukan jenayah, awal-awal lagi sudah berdosa besar. Dalam Al-Quran juga ada menyebut larangan, jangan membuat onar atau kejahatan di negara orang lain,” ujarnya lagi.
Bagi jenayah penyeludupan dan pengedaran dadah adalah salah satu daripada kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi.
Menurut statistik AFP, jumlah keseluruhan hukuman mati yang dijalankan negara tersebut pada tahun 2024 membabitkan sekurang-kurangnya 106 pesalah dan tujuh daripada mereka yang menjalani hukuman mati adalah berkaitan kes dadah.
Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi turut melaksanakan semula hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah pada penghujung 2022 selepas ia dihentikan hampir tiga tahun.
Sekadar info, sepanjang tahun 2023, hukuman mati telah dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 170 orang, termasuk 33 individu yang dituduh melakukan jenayah berkaitan keganasan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.