Pemain bola sepak terkenal, Paul Pogba, telah membuat keputusan untuk penggunakan wang gajinya bagi melabur dalam perniagaan, khususnya dalam sektor yang memberi manfaat kepada masyarakat Islam.
Bekas bintang bola sepak Manchester United itu dilaporkan itu membuat pelaburan terutamanya ke dalam perniagaan fintech (Teknologi Kewangan) Muslim, sebagai satu cara untuk memastikan masa depannya di luar padang.
Seperti yang didedahkan oleh kajian yang dijalankan oleh The Sunday Times, jejaka berusia 29 tahun tersebut merupakan pemain bola sepak terkaya di United Kingdom, dengan pendapatan mencecah £77 juta.
Jadi tidak hairanlah jika dia merancang untuk menggunakan wang itu dengan bijak dan membantu memanfaatkan Masyarakat Islam secara keseluruhannya juga.
BACA JUGA: Setelah 14 Hari Tenggelam Di Sungai Aare, Mayat Emmeril Khan Mumtaz Akhirnya Ditemui
Salah satu perniagaan yang mendapat perhatian Paul ialah platform pelaburan beretika dalam talian, Wahed Invest. Menurut Bloomberg UK, pemain bola sepak Perancis itu membelanjakan sejumlah wang yang nilainya tidak dideahkan kepada umum
“Ia untuk membantu mereka melabur dengan cara yang halal. Ia adalah sesuatu yang datang dari hati saya, sejujurnya ,” katanya kepada wakil media itu pada Mei.
Mengenai pelaburan besar ini, Pogba mendedahkan bahawa dia tidak takut kehilangan wang kerana berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik di mana dia tidak mempunyai banyak perkara untuk dimulakan.
Sedikit infromasi mengenai pemain bola sepak terkenal ini, dia merupakan seorang warganegara Perancis dan mengamalkan ajaran Islam dalam hidupnya. Dia sudah berkahwin dengan seorang model asal Bolivia dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: mvslim.com, Kredit foto: Instagram Paul Pogba
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.