Seorang pekerja kedai makan berjaya mencipta kejayaan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023) dengan meraih 9A menerusi peperiksaan besar itu.

Menurut Said Syazwan Said Rosnizam, kehilangan bapa tercintanya pada dua tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar.

Malah, kepayahan ibunya yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai kerani di sebuah bengkel kereta menjadi inspirasi untuk terus meraih keputusan cemerlang.

Artikel berkaitan: Adik Ubai Berjaya Raih 10A Dalam SPM 2023, Hajat Arwah Ibu Termakbul

Cari ‘Duit Poket’ Di Kedai Makan, Bekas Calon SPM 2023 Berjaya Peroleh Keputusan 9A!

Ads

“Bila dapat keputusan, saya terus teringat arwah ayah, sedih sebab sewaktu masih hidup ayah banyak bagi motivasi dan inspirasi untuk teruskan belajar.

“Arwah ayah pun tahu saya dulu banyak main, tapi (pesanannya) suruh saya fokus waktu belajar dan dalam kelas. Kini saya bangga kerana dapat banggakan mereka,” katanya.

Ads

Dalam pada itu, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang itu memaklumkan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas antara rahsia kejayaan, selain bijak membahagikan masa.

Cari ‘Duit Poket’ Di Kedai Makan, Bekas Calon SPM 2023 Berjaya Peroleh Keputusan 9A!

Ads

“Di rumah saya kurang belajar, lebih banyak masa bermain dan bersama keluarga namun, bila di sekolah saya selalu 100 peratus fokus kepada apa yang cikgu ajar.

“Saya juga akan terus bertanya kepada guru sekiranya tidak faham,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI