Nampaknya, misi mencari jodoh menggunakan platform internet boleh dianggap ‘ketinggalan zaman’ pada tahun 2022.
Ini setelah seorang pemuda berketurunan Pakistan yang menetap di Britain ini bertindak berani DAN kreatif untuk mencari bakal isterinya. Bayangkan sajalah, lelaki bernama Muhammad Malik ini sanggup berbelanja besar dan ‘mengiklankan’ dirinya pada papan iklan gergasi demi mencari bakal isteri.
Bukan calang-calang ya cara usahawan berusia 29 tahun ini. Malik sanggup mengeluarkan wang untuk kos purata sekitar £500-£600 seminggu bagi pengiklanan sedemikian rupa di UK. Itupun mengikut lokasi tau. Malik telah memilih lokasi di Birmingham dan London bagi tujuan ini.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 Tanda Jodoh Serasi Atau Tidak Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah
Sebelum ini, Malik pernah mencuba beberapa kaedah lain termasuk aplikasi temu janji untuk mencari bakal isteri namun menemui kegagalan. Lalu apabila seorang temannya mencadangkan ‘idea gila’ ini, Malik nekad untuk mencuba mengiklankan dirinya.
Jejaka berusia 29 ini turut menghasilkan laman web khas Findmalikawife.com. Pada salah satu halamannya, ia berbunyi, “Saya masih belum menemui gadis sesuai. Saya terpaksa menggunakan kaedah ini.”
Nampaknya, usaha Malik ini berjaya dan telah mendapat perhatian gadis-gadis di sana.
Sejak wajahnya terpapar di papan iklan bermula 1 Januari 2022, ia telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan ia telah menerima ratusan mesej sehinggakan dia telah meminta bantuan rakan rapatnya untuk menapis jawapan yang diterima di atas talian.
Cari Gadis Muslim
Asalnya Malik terdesak mencari jodoh seperti ini kerana tidak mahu perkahwinan diaturkan oleh keluarganya.
Namun dia masih menjaga sensitiviti keluarga dan agamanya setelah dia menetapkan kriteria wanita idamannya haruslah bergelar seorang Muslim berusia dalam lingkungan 20an.
“Saya terbuka untuk menerima bakal isteri daripada etnik lain. Namun, keluarga saya berpegang kuat kepada tradisi dan agama. Oleh itu, saya perlu mengekalkannya,” jelasnya.
Haa okay, siapa dekat sini masih single? Boleh lah cuba hubungi Malik, hehe..
BACA LAGI : Siapa Single? Zakir Naik Sedang Cari Jodoh Anak & Calon Menantu
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Daily Mail, Sinar Harian