Carla Yules, Penerus Legasi Kecemerlangan Indonesia Di Pertandingan Miss World

Share

Tidak dapat dinafikan, Indonesia banyak melahirkan ratu cantik bertaraf dunia. Baik dalam pertandingan mana pun, wakil negara ini sentiasa mendapat tempat sebagai semifinalis dan menjadi sebutan dalam satu-satu pertandingan. Sebelum ini pun Indonesia pernah membawa pulang mahkota berprestij seperti Miss International dan Miss Grand International.

Terbaharu, penampilan Carla Yules atau nama penuhnya Pricillia Carla Yules mencuri tumpuan dalam pertandingan Miss World 2021 yang di adakan di Puerto Rico.

Kredit foto: Instagram Carla Yules

Walaupun wanita berusia 26 tahun ini tidak berjaya menggondol gelaran juara, namun dia menyudahi saingan sebagai peserta top 6 dan kemudiannya diumumkan sebagai Queen of Asia Continent. Menerusi kemenangan itu dia memegang gelaran sebagai Miss World Asia yang akan turut serta mengiringi Miss World dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan kelak.

Berasal dari Surabaya, Jawa Timur, Carla merupakan seorang seorang graduan dalam bidang bakeri dari William Angglis Institute, Melbourne. Disebabkan dia sangat suka memasak, dia kerap melibatkan diri sebagai sukarelawan memasak dalam kegiatan sosial membantu gelandangan.

Ketika diumumkan sebagai top 6 Miss World 2021. Kredit foto: Instagram Miss World

Miss World Indonesia Organisation mula menghantar wakil mereka ke pentas antarabangsa bermula tahun 2006, namun sebelum itu Indonesia pernah bertanding di pentas Miss World sebanyak tiga kali pada 1982, 1983 dan 2005 di bawah organisasi berbeza.

Kini bergelar hos, model dan cef, kecemerlangan Carla dalam pertandingan Miss World 2021 menjadi penyambung legasi peserta-peserta sebelum ini.

BACA JUGA: Elegan! Prasana Shri Menang Dua Anugerah Pusingan Awal Miss Eco International 2022

Kredit foto: Instagram Carla Yules

Biarpun masih boleh dikatakan baru, namun organisasi Miss World Indonesia boleh dipuji usaha dan latihan yang diberikan kerana berjaya mengekalkan 10 tahun berturut-turut berjaya mara ke peringkat dalam pertandingan seterusnya dan bukar sekadar menjadi peserta sahaja.

Sepanjang tempoh sepuluh tahun itu, Miss World Indonesia pernah tiga kali disenaraikan antara sepuluh peserta terbaik dan dua kali sebagai pemenang tempat ketiga.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fiezreen