Sebanyak 27,734 (99.65 peratus) adalah kategori 1 dan 2, dengar jumlah kes je dah buat kita risau…
Semalam, negara kita mencatat kes harian paling tinggi dengan 27,831 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.
ARTIKEL BERKAITAN : Sweden Isytihar “Bebas” Covid 19 Walaupun Dunia Bergelut Kenaikan Kes Omicron
Malah mengikur laporan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, sebanyak 27,734 (99.65 peratus) adalah kategori 1 dan 2. Manakala selebihnya sebanyak 97 kes (0.35 peratus) dalam kategori 3,4 dan 5.
Tidak mahu berlengah lagi, sebentar tadi Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media khas pada pukul 5 petang hari ini.
Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana saluran rasmi lain.
Jangan lupa saksikan live Menteri Kesihatan Malaysia pada petang ini.
“Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB @Khairykj pada jam 5.00 petang ini secara langsung di FB KKM,” tulis KKM
Fuh….apalah yang ingin disampaikan petang ni.
BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Facebook KKM/ Astro Awani