Dah jadi macam satu fenomena bila mana negara kita berhadapan dengan masalah jerebu setiap tahun, terutamanya pada musim panas.
Korang mesti perasan dua, tiga hari ni cuaca tidak berapa baik. Nampak macam ‘berkabus’ je. Itu semua menandakan kawasan korang telah dilanda masalah jerebu.
Antara daerah yang dilanda jerebu teruk menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah Rompin, Pahang yang sudah mula memasuki kategori ‘sangat tidak sihat’ dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 202 setakat 10 malam tadi.
Gambar hiasan
Kawasan lain yang turut terjejas ialah Batu Muda (151) dan Cheras (147) di Kuala Lumpur; Putrajaya (144); dan Petaling Jaya (141), Shah Alam (131), Klang (114), Banting (124) serta Johan Setia Klang (159) di Selangor.
Ads
Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Nilai (148), Seremban (124) dan Port Dickson (113) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (108), Bukit Rambai (109) dan bandaraya Melaka (109) di Melaka; dan Tangkak (125) di Johor.
Manakala, IPU yang dicatatkan di tiga kawasan Sarawak pula tidak banyak berubah dan masih dalam kategori tidak sihat, iaitu Sri Aman (172), Samarahan (135) dan Kuching (161).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Ads
Jadi, korang dinasihatkan untuk tidak berada di kawasan luar rumah/bangunan jika tiada apa-apa urusan penting bagi mengelakkan masalah kesihatan akibat jerebu.
Ads
Lakukan beberapa amalan seperti jangan merokok, selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar, guna topeng muka (mask) dan banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Kurangkan aktiviti luar guys, paling penting utamakan kesihatan korang terlebih dahulu.
Itulah jawapan salah seorang pelajar perempuan ketika ditanya seorang guru mengapa dia tidak memiliki kasut sekolah yang baharu sekaligus mengundang rasa sebak orang ramai.
Guru… selain bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang terbaik buat para pelajar, guru juga diibaratkan sebagai ibu bapa kita di sekolah. Ia kerana, mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu malah menjaga kebajikan para murid terutama yang memerlukan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok @TcerNana baru-baru ini, seorang guru dilihat menghadiahkan kasut sekolah baharu kepada anak-anak muridnya di sekolah.
Guru yang dikenali sebagai Teacher Nana itu meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan kasut anak muridnya yang berwarna hitam sudah lusuh, pudar dan terkoyak di beberapa bahagian.
Sejurus itu, dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sepasang kasut baharu jenama All America kepada dua orang anak muridnya. Dalam video itu, kedua-dua murid tersebut menunjukkan reaksi yang sangat teruja selepas menerima hadiah kasut baharu pemberian guru mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak selepas mendengar luahan oleh murid-murid tersebut selain tindakan hati murni guru berkenaan turut menerima pujian ramai dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.
“Sedih sangat-sangat. Bila anak-anak itu cakap tiada duit… kemudian Alhamdulillah, moga teacher Nana maju jaya dan dimurahkan rezeki,” komen seorang pengguna.
“Semoga murah rezeki teacher serta Allah makbulkan segala doa teacher,” komen juga pengguna lain.
“Alhamdulillah, tahniah teacher. Zaman sekarang ini susah dah nak jumpa teacher yang seperti ini,” tulis seorang netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Zaman sekarang semua benda boleh dijadikan sumber perniagaan malah pelajar pun tidak terkecuali, yang penting rajin dan kreatif!
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. Untuk membina perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Hakikatnya, jika tidak mahu mencuba atau berani menempuh cabaran, belum pasti kejayaan akan dikecapi.
Tidak dinafikan tidak semua perniagaan mendatangkan pulangan lumayan, tetapi sedikit sebanyak mampu menjana pendapatan tambahan berbanding mengharapkan duit belanja tambahan daripada ibu dan ayah di kampung.
Khidmat Cabut Uban
Bijak dan kreatif gapai peluang yang ada, seorang mahasiswi dari sebuah kolej di negara jiran kita dilaporkan membuka perkhidmatan mencabut uban bagi mencari duit poket lebih, lapor Detik.com.
Difahamkan, dia mengambil upah setiap pelanggan dengan nilai 25,000 rupiah (RM 7) setiap satu jam.
“Saya mula membuka perniagaan mencabut uban dengan harga 25,000 rupiah (RM 7) sejam. Mak kata cuba cari duit tambahan sendiri,” katanya.
Jelas Zafira atau lebih mesra disapa Fira, 20, dia baru sahaja memulakan perkhidmatan itu sejak tiga hari lalu pada 4 Jun.
Susulan baru sahaja menjalankan perkhidmatan itu, mahasiswi terbabit menggunakan platform Instagram sebagai alternatif untuk mempromosikannya. Menerusi akaun Instagram @cabutuban_pontianak memaparkan hantaran berhubung perkhidmatan itu. Dia turut meminta bantuan dan sokongan warganet untuk mempromosikan perkhidmatan cabut uban tersebut.
Bahagi Masa Antara Belajar Dan Bekerja
Sebagai seorang pelajar, Zafira terpaksa membahagikan masa sebagai seorang mahasiswi dan bekerja sebagai tukang cabut uban. Sehubungan itu, perkhidmatan cabut uban hanya dibuka dari pukul 5 petang hingga 7 petang waktu tempatan selepas sesi pembelajaran di kolejnya tamat.
“Baru tiga hari sejak Ahad lalu saya menjalankan pekhidmatan ini sambil memohon bantuan netizen untuk promosikan,
“Setakat ini, Fira telah menerima tiga pelanggan. Namun, Fira hanya mengambil pelanggan selepas pulang dari kolej sahaja. Selepas kelas ni, Fira sudah ada tiga pelanggan yang menunggu,” jelas mahasiswa di sebuah kolej di Pontianak.
Tambahnya, dia lebih gemar untuk menjalankan perkhidmatan itu pada hujung minggu.
“Sebenarnya saya lebih suka untuk buka pada hujung minggu. Hari-hari lain pun boleh namun sekiranya mempunyai waktu terluang,” katanya.
Sering Cabut Uban Sejak Kecil
Menurut portal TribunHealth.com, Fira sudah terbiasa mencabut uban ibunya sejak dari bangku sekolah hingga sekarang. Dia memberitahu mula berfikir untuk menjalankan perkhidmatan tersebut setelah mendapat saranan daripada ibunya.
Gambar Hiasan
Meskipun baru sahaja memulakannya, Zafira berharap perkhidmatan tersebut dapat membantunya untuk menampung kos pembiayaan pembelajaran dan keperluan harian. Dalam pada itu, kegigihan mahaisiwi itu dalam mencari duit tambahan nyata mendapat perhatian warganet.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh digambarkan apabila pekerja kedai serbaneka ditumbuk oleh dua lelaki tempatan yang kemudian memaksanya untuk turut berswafoto bersama mereka.
Salah seorang suspek (kanan) sempat berswafoto bersama pekerja kedai yang ditumbuk olehnya.
Kini, pihak polis sedang giat menjalankan operasi pencarian dua suspek tersebut bagi tujuan siasatan lebih lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi, apabila mangsa yang bekerja di kedai serbaneka 24 jam didatangi dua lelaki tempatan tidak dikenali yang ingin membeli arak.
Pengadu berusia 18 tahun tersebut dilaporkan menegur lelaki itu selepas dia mengambil tiga batang payung dan meninggalkan kawasan itu tanpa membayarnya.
“Berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan suspek sebelum suspek kembali ke kawasan itu dan menumbuk muka mangsa beberapa kali,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum membuat laporan polis, mangsa menjalani rawatan di hospital, sambungnya lagi.
Menurut Mohd Zaid, usaha mencari kedua-dua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperkatakan samun yang mengakibatkan kecederaan.
Bagi membantu siasatan, polis menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil ke hadapan.
Pegawai penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Awang, boleh dihubungi di talian 011-25703695, IPD Kajang di talian 03-89114222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...