Catat Jumlah Tertinggi, Dr Noor Hisham Sifatkan Perjuangan ‘Frontliner’ Sabah DiTahap Kritikal

Share

Kes positif Covid-19 yang semakin meningkat terutamanya di negeri Sabah sejak kebelakangan ini sudah tentu menggusarkan banyak pihak.

Tenaga petugas kesihatan terutamanya di Sabah amatlah ditagih dan mereka terpaksa bekerja lebih keras demi membendung penularan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik COVID-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal.

Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.

Perjuangan di tahap kritikal
“Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah…”

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes.

Semoga dipermudahkan dan dilindungi

Sehubungan dengan perkongsian yang dimuat naik oleh Ketua Pengarah Kesihatan kira-kira pada pukul 1.51 pagi rata-rata warganet turut sama mendoakan kesejahteraan di Sabah. Namun netizen turut prihatin tentang kesihatan Dr Noor Hisham.

Mereka juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Dr Noor Hisham kerana sanggup berpenat lelah demi Malaysia bagi mengelakkan penularan yang lebih serius berlaku.


.

Gambaran situasi Wuhan menentang covid 19 yang dulu kita lihat lalui kaca tv kini berlaku di depan mata kita. Kalau tidak sanggup negara kita terus begini, maka patuhilah SOP yang ditetapkan.


Jangan lagi kita sia siakan usaha pejuang barisan yang datang dari jauh semata ingin membantu kita hapuskan wabak berjangkit ini.

Published by
Ruziana Zainal