Hiburan

‘Cauliflower Rice’ Ganti Nasi. Rahsia Puan Seri Tiara Jacquelina Kekal Muda Dan ‘Remaja’

Share

Aura positif sentiasa terpancar di wajah  Puan Seri Tiara Jacquelina sekaligus menyerlah kecantikan sebenar pemegang watak utama dalam Filem Puteri Gunung Ledang.

Puan Seri Tiara Jacquelina kelihatan sangat teruja menceritakan aktiviti sihat yang dilakukan hampir sedekad dalam usianya.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Teruna Puan Sri Tiara Warisi Ketampanan Bapa, Curi Tumpuan Netizen!

Isteri kesayangan Tan Seri Mohd Effendi Norwawi ini juga seperti wanita lain yang tak pernah lupa menjaga kecantikan.

Amal Gaya Hidup Aktif

Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.

“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor.

“Untuk rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.

“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.

“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan,” ujarnya.

 

Tukar Ambil Nasi Dengan Cauliflower Rice

Menurutnya itu semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.

“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia.

“Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar.  Ada yang cantik luaran tetapi  nampak ‘malap’. Bila usia sudah bertambah saya memang sangat menjaga pemakanan.

“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan. Memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini.

“Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.

Info Tambahan : Khasiat Kobis Bunga untuk Kesihatan

  • Kaya dengan Nutrien
  • Membantu dalam Pengurangan Berat Badan
  • Baik untuk Kesihatan Jantung
  • Meningkatkan Kesihatan Pencernaan
  • Anti-Inflamasi dan Antioksidan
  • Mendukung Kesihatan Otak

BACA LAGI: Tidak Lagi Panas Baran Kerana Hobi Membaca, Shiha Zikir Bertahan 12 Tahun Sebelum Diiktiraf Di AME 2021 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana