Sudah menjadi trend di Malaysia apabila banyak restoran mahupun speedmart yang menjual makanan dari negara Korea dan Jepun kerana ia sememangnya mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat kita.
Francais Family Mart antara yang menjadi pilihan utama bagi individu yang gemarkan makanan dari Jepun/Korea. Ini kerana seleksi makanan yang ditawarkan adalah sangat sesuai bagi mereka yang inginkan makanan yang sedap, berbaloi dan mudah untuk didapati.
Setakat 30 Julai 2020, Family Mart telah pun membuka sebanyak 200 buah cawangan di seluruh negara dan menjangkakan pada tahun 2025, mereka sudah memiliki 1,000 cawangan di Malaysia.
Terbaru, FamilyMart secara rasminya telah mengumumkan di media sosial mereka bahawa cawangan drive-thru pertama sudah mula operasi di Berkeley Uptown, Klang. Cawangan drive-thru ini masih lagi di peringkat percubaan, tetapi sudah bersedia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
Wah, untunglah orang Klang dan disekitarnya dapat drive-thru sahaja. Kami pasti ini adalah berita baik buat pelanggan di kawasan tersebut kerana ia memudahkan lagi mereka untuk mendapatkan makanan dan minuman daripada speedmart tersebut.
Nah, harap-harap lepas ni lebih banyak lagi cawangan drive-thru yang dibuka di seluruh negara. Senang sikit nak membeli kan. Selain itu, bolehlah kita jaga jarak dan tidak perlu bersesak-sesak di dalam kedai. Hiks!
Sumber: FamilyMart Malaysia