Cawangan Kedua Five Guys Kini Dibuka Di Pavilion KL

Share

Restoran makanan segera popular Amerika Syarikat, Five Guys mendapat sambutan hangat di cawangan pertamanya yang dibuka di Genting Highlands tidak lama dahulu.

Ramai yang tidak melepaskan peluang dan sanggup ‘naik’ ke puncak Genting semata-mata untuk mencuba keenakan burger dan milkshake popular mereka.

Kini, korang tidak perlu lagi bersusah-susah ke tempat jauh kerana Five Guys sudah membuka cawangan keduannya di Pavilion Kuala Lumpur bermula hari ini.

Beberapa hari lalu, laman Instagram Five Guys telah pun memuat naik countdown bagi pembukaan hari ini sebelum pelanggan boleh ke cawangan di Pavilion KL untuk menikmati makanan segera terkemuka Amerika Syarikat itu.

Tambah menarik, 10 pelanggan pertama mereka hari ini bakal menerima World Tour Tee.

Five Guys terkenal dengan burger dan sandwic hot dog yang juicy

bersama 15 pilihan toppings termasuklah cili jalapeno, sos panas, cendawan panggang dan banyak lagi.

Jika di cawangan Five Guys Genting Highlands, harga untuk sebiji burger boleh mencecah sehingga RM35. Agaknya, bagaimana pula harga di cawangan Pavilion KL ini?

Instagram: @fiveguysmy

Ha, kalau nak tahu kenalah cuba sendiri. Hiks!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman