Korang pernah mendengar tentang ‘beeswax’ atau lilin lebah?

Jenama kopi terkemuka, The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) meraikan Bulan Kopi Antarabangsa yang disambut Oktober ini dengan beberapa agenda yang menarik dan menyeru seluruh rakyat Malaysia hidup lebih Eco-Friendly.

CB&TL Ajak Pelanggan Gantikan Plastik Dengan Kain ‘Beeswax’, Apa Tu?

Mementingkan kesejahteraan manusia dan juga bumi, CB&TL menunjukkan keprihatinannya dengan berkerjasama dengan perniagaan local iaitu Saffron & Serai. Kerjasama CB&TL dan Saffron & Serai ialah untuk memanggil rakyat Malaysia untuk mengurangkan pembaziran di rumah dan mendorong gaya hidup yang lebih lestari.

Beeswax atau dikenal dengan lilin lebah juga merupakan produk yang dihasilkan oleh lebah madu dan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Beeswax wrap adalah alternatif dari menggunakan plastik biasa. Ia mempunyai kemampuan untuk mengatasi masalah persekitaran seperti pencemaran plastik dan sisa makanan.

Ads

Dengan menggunakan batik beeswax wrap dari Saffron & Serai ia mampu mengurangkan penggunaan plastik yang mengancam bumi. Selepas setiap penggunaan, Beeswax wrap ini boleh dicuci dan dikeringkan. Ia kelihatan jauh lebih baik dan tahan lama juga. Lebih menarik, jenama ini bangga dengan identiti Malaysia dengan menggunakan kain bercorak batik tradisional dan kontemporari.

Kegunaan beeswax wrap dari Saffron & Serai

  • Digunakan untuk menutup bekas makanan.
  • Balutan lilin lebah tidak sesuai untuk membungkus semua jenis makanan.Contohnya, daging mentah, ikan mentah atau barang makanan basah lain seperti buah-buahan.
  • Makanan basah ini boleh dimasukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang kemudian boleh ditutup dengan beeswax.

CB&TL Ajak Pelanggan Gantikan Plastik Dengan Kain ‘Beeswax’, Apa Tu?

Ads

Kit Batik Beeswax ini boleh didapati dengan beberapa size iaitu saiz M, L dan XL, bermula dari harga RM65 sehingga RM75 secara online at www.coffeebean.com.my atau di cawangan CB&TL seluruh Malaysia. Tapi cepat tau sebab ia edisi terhad.

CB&TL Ajak Pelanggan Gantikan Plastik Dengan Kain ‘Beeswax’, Apa Tu?

Ads

Sementara itu, jangan ketinggalan untuk merasai keenakkan kopi yang ditawarkan di rangkaian cafe The Coffee Bean & Tea Leaf ® (CBTL) sepanjang bulan Oktober yang fantastik.

Sepanjang bulan Oktober, pilihlah dari Menu dari Fully Caffeinated Menu, Signature Espresso, dengan Espresso Whipped Cream yang dibuat khas untuk tambahan rasa yang lebih sedap. Ia juga merupakan masa yang tepat untuk mencuba edisi terhad Hazelnut Charcoal yang boleh dinikmati panas, sejuk atau Ice Blended®.

CB&TL Ajak Pelanggan Gantikan Plastik Dengan Kain ‘Beeswax’, Apa Tu?

Korang tahu tak sebenarnya minuman kopi ice blended itu asalnya dicipta oleh jenama rangkaian kafe terkemuka The Coffee Bean & Tea Leaf sejak keberadaannya di Malaysia lebih 20 tahun dahulu? Lama ye….

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI