Kunjungan team REMAJA ke lokasi kejadian di U12 Shah Alam mendapat bahawa kesemua lukisan yang telah tercemar dengan perbuatan vandalisma pada dinding di situ telahpun ‘selamat’ dicat putih oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Secara kebetukan, kunjungan kami bertepatan dengan waktu kehadiran trio pelukis mural yang dilihat sedang terduduk di tepi bangunan.
Jelas riak terkilan pada wajah masing-masing. Namun, mereka memahami tindakan pihak MBSA yang mengecat semula dinding kerana enggan mempromosikan imej pemimpin negara yang telah dilemparkan dengan kata-kata kesat serta contengan tidak senonoh.
Kesempatan bertemu dengan mereka bertiga memberi kami peluang untuk bertanyakan reaksi masing-masing terhadap kejadian ini.
“Kami mula melukis mural ini pada bulan Mac sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pagi tadi, baru kami perasan mural tersebut telah diconteng setelah owner kedai makan ‘Jom Sate’ disebelah menelefon kami mengenai insiden ini.
“Dia keluar kedai dan hantarkan WhatsApp. Kami pun terkejutlah dan terus bergegas datang ke sini. Tahu-tahu, pihak polis dan MBSA pun sudah ada,” kata salah seorang daripada mereka iaitu Suhaimi.
Tambahnya lagi buat masa ini…
pihak MBSA sudahpun dapat mengecam 2 orang pelaku yang digelar sebagai ‘pengkhianat’
…kerana sanggup berbuat sedemikian kepada wajah pemimpin negara termasuklah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Trio ini hanya menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
Apabila ditanya sama ada mereka sudah hilang semangat untuk melukis mural di kawasan U12 Shah Alam, kata Suhaimi buat masa ini mereka akan hentikan dulu aktiviti melukis di situ.
Bukanlah disebabkan sudah tidak bersemangat, namun mereka gentar sekiranya penyerang vandalisma yang sama ataupun pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab akan mengulang semula perbuatan tersebut.
“Awalnya, kami diminta untuk ‘touch up lukisan pada dinding. Tapi apabila kami berbincang dengan pihak polis serta MBSA sama ada untuk ‘touch up’ ataupun dicat saja putih, kami bersetuju untuk cat semula kerana besar kemungkinan mereka boleh datang semula untuk menconteng.
“Kami anggap ini sebagai tiada rezeki untuk mural ini kekal lama di sini. Lebih kurang 20 hari saja,” katanya penuh terkilan. Namun..
“Nak kata kami enggan melukis itu tak adalah. Contohnya sekarang ini, saya sedang melukis di kawasan Seksyen 4 Kota Damansara dan bertemakan frontliners juga.
“Kami lukis mural ini pun bukannya untuk popular tetapi lebih kepada rasa gembira apabila ramai pengunjung yang sanggup datang dari jauh untuk bergambar. Kami rasa seperti bakat kami dihargai,” jelasnya.
Tak mengapalah gaiss.
Bagi korang yang sempat mengambil gambar dengan mural lukisan Suhaimi, Hadi dan Firdaus ini, kami jealous tau dengan korang! Hehe..
Bagi yang tidak sempat, tak mengapa. Tak lama lagi lebih banyak mural hasil kreativiti mereka akan muncul tak lama lagi.
*
Sementara itu, korang rasa apakah hukuman setimpal yang harus diberikan kepada pesalah sekiranya ditangkap?