Hiburan

Ceburi Industri Seni Sejak Remaja, Eyka Farhana Kongsi Solekan ‘On Point’ & Kemas!

Share

Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi bukan nama asing dalam industri Malaysia, malah beliau dilaporkan mula menceburi industri seni sejak berusia 15 tahun lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Mudah Ganti Eyka Farhana..” Caitlyn Halderman Perlu Belajar Dialek BM Untuk Pretty Little Liars 2

Anak kedua daripada empat beradik ini merupakan pelakon, pengacara, model dan duta produk.

Sering tampil cantik menawan dengan solekan on point. Eyka Farhana berkongsi tip bersolek di depan kamera untuk peminat yang ingin belajar tentang mekap.

Dan hasilnya memang WOW, nampak kemas dan tak berat. Agak mudah buat anda yang langsung tak pandai mekap nak cuba bersolek. Semuanya di hujung jari, tinggal nak dengan tak nak sahaja.

Eyka Farhana Kongsi Tip Bersolek Kemas

Eyka Farhana memuat naik video menunjukkan beberapa produk solek yang dia gunakan bermula daripada pelembap sampai jenis gincu kegemarannya.

1. Augustinus Bader- Rich Moisturizer for Normal to Dry Skin (RM1,300)

Untuk pelembap, Eyka Farhana, menggunakan Rich Moisturizer for Normal to Dry Skin pada waktu malam sebelum tidur. Produk kecantikan ini dirumus dengan bahan Evening Primrose Oil, memberikan kelembapan secara berkesan dan meningkatkan warna kulit. Sangat sesuai untuk rutin waktu malam, formula yang kaya asid lemak omega-6 ini sesuai untuk kulit normal hingga kering.

2. Augustinus Bader- The Ultimate Soothing Cream (RM1,300)

Tetapi jika anda sedang mencari pelembap baru untuk menyelesaikan masalah kendur pada wajah, ini adalah pilihan selebriti, artis solek, dan pengarang dalam penjagaan kulit. The Ultimate Soothing Cream adalah pelembap bahan vegan, tidak meninggalkan kesan minyak, menjadikannya selamat untuk digunakan pada kulit yang sensitif.

3. Dior- Forever Glow Veil (RM275)

Banyak primer yang elok di luar sana sehingga sukar untuk mencari yang sesuai. Tetapi Dior- Forever Glow Veil untuk rutin kecantikan, solekan wajah jadi kemas. Tekstur halus seperti cecair sutera yang meresap ke dalam kulit serta-merta ini memegang solekan seperti gam gorila, tahan lama.

4. DIOR- Backstage Face & Body Flash Perfector Concealer (RM155)

Kalau inginkan solekan minimal dan liputan penuh, Dior Backstage Face & Body Flash Perfector Concealer

harus ada di dalam beg solek anda sekarang. Formula liputan tinggi dengan kemampuan untuk menyembunyikan cacat cela, bintik-bintik gelap, lingkaran bawah mata dan kemerahan pada wajah ini menjadi pilihan Eyka Farhana sebelum memulakan langkah seterusnya, Contour!

5. TARTE- Sculpt Tape Contour (RM164)

Yang ini sedikit pelik, mula-mula keluar daripada tiub nampak gelap tetapi bila sudah sebati pada kulit akan nampak elok cantik. Boleh didapati dalam lima warna iaitu Cool Bronze, Soft Bronze, Warm Bronze, Deep Bronze dan Rich Bronze, ia dirumus dengan bahan utama Shea Butter untuk menghidrat, Licorice Root untuk mencerahkan dan mengaburkan ketidaksempurnaan pada wajah.

6. NUDESTIX- Nudies Matte All Over Face Color Blush (RM167)

Berus solek akan membuatkan solekan jadi lebih kemas dan anda boleh sapu pada sekitar hidung, mata dan pipi.

7. NARS- Light Reflecting Pressed Setting Powder (RM170)

Walaupun ia kelihatan putih di dalam acuan, serbuk ini menghasilkan solekan halus tanpa rasa berkapur. Light Reflecting Setting Powder membantu mengunci solekan anda dan menghasilkan kesan fokus lembut pada garisan halus, kedut, dan liang pori secara optik.

8. NARS- Climax Extreme Mascara (RM 112)

Inilah rahsia mata lentik Eyka Farhana. Isipadu yang likat hitam dengan jumlah berus dramatik ini tahan lama, tidak meninggalkan kesan comot dan anti gumpalan.

9. M.A.C COSMETICS- Matte Lipstick (RM105)

Gincu matte terlaris M.A.C Cosmetics ini bertahan lama dari enam hingga lapan jam merupakan pilihan Eyka dalam menyempurnakan solekan terakhirnya. Formula kaya berkrim ini mempunyai hasilan kemasan matte yang menawan dan turut dipakai oleh selebriti ita Von Teese, Angelina Jolie, Taylor Swift, Tracee Ellis Ross dan Rihanna.

Jadi, bagi anda yang baru nak belajar solekan kemas, bolehlah tiru Eyka Farhana. Mungkin agak keras harganya tetapi hasilnya mantap!

Kredit Tiktok: Eyka Farhana

BACA LAGI: Organisasi Miss USA Di ‘Kerusi Panas’ Lepas Spekulasi Dibongkar Pesertanya Sendiri – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana