Cef 17 Tahun Banggakan Malaysia, Menangi 17 Pingat Kejohanan Dunia

Share

Angka 17 menjadi angka bertuah buat Danish Adham Nuqman Soon, 17 tahun.

Pelajar seni kulinari di Kolej Vokasional Langkawi itu telah membanggakan negara setelah memenangi 17 pingat di Kejohanan Chef Dunia 2019 minggu ini. Kejayaan itu tidak disangka oleh remaja itu sendiri apabila namanya dipanggil berulang kali untuk ke hadapan menerima hadiah sehinggakan para juri terkejut.

"Saya sendiri tak menyangka akan memenangi kategori-kategori itu kerana saya berhadapan dengan pesaing yang lebih berpengalaman. Kejayaan ini adalah momen manis untuk saya dan keluarga," kata Danish yang ingin meneruskan cita-citanya menjadi seorang chef selebriti.

Di samping kategori serius yang dimenanginya, Danish turut membawa pulang trofi untuk kategori 'Outstanding Hot Cooking Chef'. Peserta termuda dalam kejohanan itu sering mendapat galakan daripada guru dan ibu bapanya untuk mengikuti pertandingan memasak ketika di sekolah.

Penyertaan itu bukan saja untuk bertanding semata-mata tetapi ia juga memberikan keyakinan kepada Danish untuk mengatasi masalah anxiety yang dihadapinya.

Tahniah!

Published by
FZ