Sekarang ni sedang menular wabak influenza di seluruh Malaysia dan bukan hanya dijangkiti oleh bayi, orang dewasa juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa virus ini.
Sudah tentu ramai yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan seisi rumah terhindar daripada wabak ini.
Jadi, apa yang korang boleh buat?
Menurut info dari Enaz Safe
yang mendapat lebih daripada 20 ribu shares di laman Facebook, dia menggunakan Disinfectant Spray Dettol kerana ia berguna jika ada family korang yang demam, batuk atau selesema.Kalau rumah korang ada baby dan risau mereka akan dijangkiti dengan virus tersebut, spray kan saja produk tersebut untuk meneutralkan udara persekitaran, permukaan dan sekali gus membunuh virus dan kuman.
Jika ada tetamu yang datang ke rumah juga, selepas sahaja mereka pulang kita boleh spray di persekitaran dalam rumah. Baunya pun best, wangi.
Dettol Spray Disinfectant boleh membantu melindungi keluarga daripada kuman dengan membantu mencegah penyebaran bakteria dan virus berbahaya.
Formula unik produk ini terbukti membunuh 99.9% bakteria dan virus, termasuk E.coli, salmonella dan virus selesema pada permukaan yang terdapat pada pemegang pintu, tong dapur dan kawasan tandas.
Walaupun mungkin ia tidaklah dapat memberikan kesan 100% tapi tak salah sekiranya korang mengambil langkah mencegah dan berjaga-jaga.