Cegah Sebelum Terlambat, Hans Isaac Jelas Pentingnya Ada Insurans & Lakukan Pemeriksaan Kesihatan

Share

Bila sebut tentang barah, ramai yang seakan ‘gerun’ dengan penyakit tersebut kerana sudah tahu impaknya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pesakit. Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.

Terdapat lebih dari 100 jenis kanser yang telah direkodkan, bermula dari Acute granulocytic leukemia yang tergolong dalam jenis kanser darah sehinggalah kepada Osteosarcoma (kanser pada tulang). Setiap jenis kanser biasanya dinamakan mengikut organ atau tisu dimana ianya terbentuk, dan biasanya akan dikenalpasti menggunakan kaedah imbasan atau persempelan dimana sampel sel akan diambil melalui teknik pembedahan sebelum di diagnos.

Bersempena dengan kempen #NIFightAgainstCancer yang dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., kami ingin memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mendapatkan pengesanan awal kerana sel barah masih boleh dirawat dan dikawal.

Berkongsi pengalaman menjaga pesakit kanser, Remaja berkesempatan bertemu dengan Dato’ Hans Isaac yang pernah menjaga mendiang ibunya yang disahkan menghidap kanser paru-paru kira-kira 10 tahun yang lalu.

Sebagai individu yang pernah menjaga pesakit kanser, sudah pasti beliau lebih peka dan prihatin tentang kesihatan dan Hans mengakui sendiri yang dia juga memang mengamalkan gaya hidup sihat sejak muda lagi.

“Saya ni bukan manusia yang sempurna, kadang-kadang dalam setahun ada sampai 6 bulan saya tidak bersenam. Tapi, saya akan timbang berat badan saya setiap dua, tiga hari. Kalau saya naik 2,3 kilogram, saya tahu yang saya perlu turunkan berat badan. Masa muda dulu saya memang seorang yang aktif bersukan. Dan paling penting jaga pemakanan. Saya hanya ambil nasi dua ke tiga kali seminggu sahaja. Kalau tengah hari dah makan nasi, malam saya akan mengambil makanan seperti salad atau ikan sahaja,” jelasnya.

Bercakap soal kesihatan, selebriti ini juga tidak menafikan bahawa pentingnya untuk setiap individu memiliki insurans kesihatan. Walaupun ada yang menganggap ianya tidak penting, namun insurans kesihatan sebenarnya sangat membantu, lebih-lebih lagi ketika kita ditimpa musibah.

“Sejak umur 18 tahun lagi saya dah membeli insurans kesihatan. Pada waktu itu saya tidak mampu tetapi saya beli polisi yang paling kecil. At least, kita kena start somewhere. Makin lama bila kewangan dah stabil, saya tambah semula polisi tersebut,”

“Beli polisi ikut kemampuan. Yes, orang akan cakap ia tidak penting dan rugi sekiranya tidak digunakan, tapi bila kita tahu kita akan sakit atau tidak. Tidak salah untuk buat persiapan kerana saya percaya insurans itu tidak akan membebankan. Cari insurans yang ‘cukup-cukup’ pun tidak mengapa, janji ada something to cover,” tambahnya lagi.

Selain daripada insurans kesihatan, Dato’ Hans Isaac juga mengingatkan bahawa pentingnya melakukan medical checkup. Jika tidak buat di hospital swasta, korang juga boleh cuba lakukannya di hospital kerajaan.

“Saya mengambil prinsip, setiap tahun pada minggu kedua bulan Januari akan melakukan full medical checkup. At least give yourself a chance. Jangan anggap ia mahal, kerana kalau kita bandingkan dengan individu yang menghisap rokok, tiap-tiap hari belanja duit beli rokok. Tapi, nak bayar untuk perubatan rasa mahal sangat. So, apa priority kita untuk hidup kita? Kalau anda tidak kisah pasal diri sendiri, buatlah untuk orang disekeliling anda, isteri, anak, keluarga, suami. Jadi, penting untuk kita lakukan medical checkup untuk lihat tahap kesihatan kita,” tambahnya lagi.

Secara kesimpulannya, boleh kami rumuskan bahawa insurans kesihatan dan melakukan medical checkup adalah sangat penting kerana walau apa pun, kesihatan adalah tetap menjadi keutamaan. Walaupun banyak mana duit yang korang ada, tetapi jika tidak sihat, nescaya tidak ada gunanya lagi.

Jadi, amalkan gaya hidup sihat dan jangan lupa untuk lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Bagi mengetahui lebih info mengenai punca penyebab kanser bagi lelaki dan perempuan dan cara menanganinya, stay tune untuk sesi Power Talk ‘Fight Against Cancer’ yang dibawakan oleh Nu Ideaktiv di Facebook Mingguan Wanita, 18 November ini.

Published by
Noor Ain Norman