Ada yang berpendapat bahawa cemburu itu tanda sayang dan sihat.
Namun, cemburu yang melampau hakikatnya tergolong dalam penyakit emosi yang boleh membawa kepada kemurungan.
Menurut pakar psikologi, cemburu merupakan perasaan yang terbuku dalam hati dan menyebabkan hati seseorang gelisah. Contohnya apabila korang melihat pasangan didekati orang lain dan berkomunikasi secara ‘terlebih mesra’.
Mengapa perasaan cemburu sering menghantui walaupun kita telah lama mengenali pasangan?
01
Rasa tidak selamat
Perasaan insecure merupakan akar kepada segala rasa cemburu seseorang. Ia merupakan potensi utama yang menyebabkan rasa cemburu terbit dalam hati.
Ads
02
Rendah diri
Ini berkait rapat dengan perasaan insecure. Korang akan merasa rendah diri jika fizikal atau taraf kewangan tidak semenarik orang lain. Contohnya, jika pasangan terlihat seseorang yang bergaya serta mempunyai karier yang mantap. Rasa rendah diri akan mudah mengundang rasa cemburu dan cemburu menjadi reaksi mekanisme bagi dia mempertahankan diri.
03
Dahagakan perhatian
Ads
Jika korang sejenis berdikari biasanya tiada masalah. Namun ada sesetengah orang ni mudah cemburu kerana inginkan perhatian sepenuhnya daripada pasangan. Ada yang menganggap situasi ini berlaku disebabkan persekitaran semasa dia dibesarkan. Dia dah terbiasa dengan layanan first class daripada keluarganya.
Eh betul ke?
04
Fobia ditinggalkan
Mana ada orang yang tak takut ditinggalkan. Oleh sebab itu, ada individu yang mempunyai fobia melampau terhadap kemungkinan dirinya ditinggalkan sehingga mencabar untuk membunuh diri. Ramai je pasangan yang clingy kerana fobia ini, maka mulalah cemburu yang membuak-buak.
Ads
05
Bersikap mengongkong
Ini merupakan sikap yang cukup negatif.
Sifat mengongkong jika dibiarkan untuk tempoh yang lama boleh bertukar kepada satu bentuk penderaan mental. Punca utama seseorang boleh menjadi sebegini adalah kerana dia menganggap korang merupakan hak eksklusif miliknya walaupun masih belum mempunyai hubungan yang sah.
*
Jika korang mempunyai pasangan yang kuat cemburu, maka mainkan peranan dalam membantu menangani masalah ini.
Pertama, kamu berdua perlu duduk berbincang. Perkara asas seperti meluahkan kata-kata positif mampu meredakan keadaan. Setiap kali sifat cemburunya muncul, ringankanlah mulut untuk ucapkan 3 perkataan keramat ‘I Love You’.
Selain itu, luangkan masa dengannya walaupun kamu sibuk.
Komunikasi dunia sekarang kan tanpa sempadan. Tanya khabar atau berjumpa dengannya. Kamu juga perlu elakkan daripada berahsia tentang kawan-kawan berbeza jantina kamu. Kenalkan mereka kepada pasangan agar tiada salah faham akan berlaku pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa. Kami akan kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube nanti.”
Berikutan pembacaan kes yang terpaksa dilalui oleh pasangan M Sugu dan S Pavithra akibat insiden mengasari isteri dan dakwaan memiliki senjata berbahaya, seluruh Malasyia bersimpati dengan nasib YouTuber saluran masakan terkenal negara itu.
Biarpun minggu ini Pavithra terpaksa melalui satu demi satu ujian (which is ironic memandangkan dia baru saja menerima penghargaan anugerah daripada Datuk Bandar Ipoh Selasa lepas), dia dilihat masih kekal tenang.
Malah, Pavithra tampil untuk membayar jaminan RM10,000 yang dikenakan kepada suaminya dan dilaporkan juga telah memaafkan suaminya itu.
Jelas, Pavithra adalah seorang perempuan yang amat positif dan berjiwa cekal. Tanpa memerlukan masa yang panjang untuk berfikir akan perbuatan suaminya, dia setia untuk menerimanya.
Bukan semua orang boleh melalui apa yang menimpanya pada minggu ini setenangnya.
Enggan lagi memikirkan masalah yang melandanya itu, dia ingin berikan perhatian sepenuhnya kepada mereka empat sekeluarga dan ingin teruskan dengan content masakan terbaru di saluran YouTube.
Kami bertanyakan sesama team REMAJA sendiri sama ada bolehkah mereka memaafkan pasangan sekiranya mereka dikasari atau diuji sebegitu rupa.
Jom lihat 5 cara bagaimana korang boleh cuba untuk memaafkan si dia..
*
Sekiranya korang tidak memiliki pasangan yang mengasarimu TETAPI korang sering DIBULI oleh orang di sekeliling, ini adalah langkah yang perlu korang ambil.
17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda lafaz nikah telah disempurnakan oleh Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.
Bertempat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, tengah hari tadi; Mateen, 33 sah menjadi milik pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam, 29 dengan sekali lafaz. Istiadat kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Turut berkenan untuk menyaksikan majlis ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat Diraja.
Perayaan untuk perkahwinan diraja itu berlangsung selama 10 hari dan akan mencapai kemuncaknya pada hari Ahad ini.
Dijadualkan, Majlis Istiadat bersanding Pengantin Diraja itu bakal dihadiri kerabat diraja antarabangsa serta pemimpin politik termasuklah dari Malaysia.
Manakala, perarakan pengantin diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan pula akan dilangsungkan pada 15 Januari.
Untuk pengetahuan korang, Pengiran Muda Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Manakala, Dayang Anisha pula merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.
Walaupun Pengiran Muda Mateen merupakan anak kesepuluh Sultan Hassanal sekaligus tidak mungkin akan menaiki takhta untuk menggantikan ayahandanya, beliau memiliki pengikut seramai 3.1 juta orang di Instgram dan merupakan salah seorang ahli keluarga diraja paling berprofil tinggi di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya jadi rakyat Selangor sebab korang bakal menerima insentif sebanyak RM300 setiap seorang buat pasangan yang baru berkahwin dan mendaftar kursus kekeluargaan anjuran kerajaan negeri.
Hal ini dilaksanakan bagi menangani kes penceraian yang semakin meningkat dikalangan belia. Namun begitu, ada beberapa syarat yang perlu korang patuhi sebelum ingin mendaftar.
Insentif ini hanya untuk golongan belia bawah umur 40 tahun dan merupakan perkahwinan kali pertama. Peserta perlu merupakan anak kelahiran Selangor atau telah bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (alamat MyKad mesti negeri Selangor).
Selain itu, pemohon dan pasangan perlu menghadiri kursus selama setengah hari bersama pasangan untuk mendapatkan insentif tersebut. Kursus ini merangkumi aspek pengurusan kewangan, pengurusan emosi dan kemahiran keibubapaan yang mana ditekankan bagi memenuhi keperluan ilmu rumah tangga.
Pendaftaran dibuka kepada mereka yang telah berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019. Pendaftaran permohanan itu boleh dibuat menerusi laman web www.igems.yawas.my bermula 18 November sehingga 31 Jun 2020.
Bagi korang yang nak berkahwin bermula 1 Januari 2020 hingga seterusnya, permohonan hanya dibolehkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pernikahan.
Rezeki orang berumah tangga, siapa nak bagi RM600 macam tu je kan?
Apa lagi untuk korang yang merupakan anak jati Selangor dan berniat nak kahwin, bolehlah mendaftar bagi mendapatkan insentif ini.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...