Cemburu Buta Ada Kaitan Dengan Sakit Mental? Ini 5 Faktor Untuk Kamu Hadam

Share

 

Ada yang berpendapat bahawa cemburu itu tanda sayang dan sihat.

 

Namun, cemburu yang melampau hakikatnya tergolong dalam penyakit emosi yang boleh membawa kepada kemurungan.

Menurut pakar psikologi, cemburu merupakan perasaan yang terbuku dalam hati dan menyebabkan hati seseorang gelisah. Contohnya apabila korang melihat pasangan didekati orang lain dan berkomunikasi secara ‘terlebih mesra’.

Mengapa perasaan cemburu sering menghantui walaupun kita telah lama mengenali pasangan?

 

01

Rasa tidak selamat

Perasaan insecure merupakan akar kepada segala rasa cemburu seseorang. Ia merupakan potensi utama yang menyebabkan rasa cemburu terbit dalam hati.

 

02

Rendah diri

Ini berkait rapat dengan perasaan insecure. Korang akan merasa rendah diri jika fizikal atau taraf kewangan tidak semenarik orang lain. Contohnya, jika pasangan terlihat seseorang yang bergaya serta mempunyai karier yang mantap. Rasa rendah diri akan mudah mengundang rasa cemburu dan cemburu menjadi reaksi mekanisme bagi dia mempertahankan diri.

 

03

Dahagakan perhatian

Jika korang sejenis berdikari biasanya tiada masalah. Namun ada sesetengah orang ni mudah cemburu kerana inginkan perhatian sepenuhnya daripada pasangan. Ada yang menganggap situasi ini berlaku disebabkan persekitaran semasa dia dibesarkan. Dia dah terbiasa dengan layanan first class daripada keluarganya.

Eh betul ke?

 

04

Fobia ditinggalkan

Mana ada orang yang tak takut ditinggalkan. Oleh sebab itu, ada individu yang mempunyai fobia melampau terhadap kemungkinan dirinya ditinggalkan sehingga mencabar untuk membunuh diri. Ramai je pasangan yang clingy kerana fobia ini, maka mulalah cemburu yang membuak-buak.

 

05

Bersikap mengongkong

Ini merupakan sikap yang cukup negatif.

Sifat mengongkong jika dibiarkan untuk tempoh yang lama boleh bertukar kepada satu bentuk penderaan mental. Punca utama seseorang boleh menjadi sebegini adalah kerana dia menganggap korang merupakan hak eksklusif miliknya walaupun masih belum mempunyai hubungan yang sah.

*

Jika korang mempunyai pasangan yang kuat cemburu, maka mainkan peranan dalam membantu menangani masalah ini.

Pertama, kamu berdua perlu duduk berbincang. Perkara asas seperti meluahkan kata-kata positif mampu meredakan keadaan. Setiap kali sifat cemburunya muncul, ringankanlah mulut untuk ucapkan 3 perkataan keramat ‘I Love You’.

Selain itu, luangkan masa dengannya walaupun kamu sibuk.

Komunikasi dunia sekarang kan tanpa sempadan. Tanya khabar atau berjumpa dengannya. Kamu juga perlu elakkan daripada berahsia tentang kawan-kawan berbeza jantina kamu. Kenalkan mereka kepada pasangan agar tiada salah faham akan berlaku pada masa akan datang.

Published by
FZ