Bukan sahaja berbakat di hadapan kamera, bekas pemain luncur figura dari Malaysia ini turut membuktikan bakatnya di belakang lensa apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan fotografi sukan dunia sempena Olimpik Musim Sejuk di Beijing baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Saya #RemajaMalaysia : Dari Kelindan Lori Ke Dunia Penerbangan
Menurut sumber WeirdKaya, Annice Lyn merupakan peluncur figura berbakat yang pernah mewakili negara suatu ketika dahulu sebelum mengambil keputusan untuk terjun ke dunia fotografi dengan lebih mendalam.
Sebagai bekas peluncur negara, dirinya beralih daripada peranan olahraga yang digalasnya selama ini untuk muncul selaku jurugambar sukan musim sejuk itu. Dirinya yang dahagakan pengiktirafan antarabangsa turut gembira apabila foto yang diambil ketika acara sukan itu berjaya memenangi anugerah tempat pertama.
Memulakan Ogos dengan berita baik, Annice menyuarakan rasa rendah diri dan penghargaannya apabila memperoleh pingat Emas dalam Kategori Sukan Musim Sejuk bagi Anugerah Fotografi Sukan Dunia 2023 di Beijing 2022.
View this post on Instagram
Bertanding dengan lebih kurang 700 jurugambar dari lebih 70 negara lain, tangkapan emas Lyn tidak lain dan tidak bukan ialah atlet Alexandra Trusova dari Pasukan ROC di acara sukan berprestij itu.
Bercakap kepada WeirdKaya, dia menyelami detik keemasan itu dengan lebih mendalam, “Foto Alexandra Trusova telah diambil semasa persembahan gala pamerannya meluncur dengan latarbelakang lagu Wonder Woman nyanyian kumpulan A Call to Stand.
Antara momen berharga yang ditangkap oleh Annice.
Menurut insan berbakat itu lagi, kemenangan ini mempunyai harga yang istimewa baginya kerana ia bukan sahaja tentang menghidupkan semula sukan yang pernah diwakilinya tetapi juga memecahkan prejudis terhadap jurugambar dari negara tropika.
Kemenangannya menjadi inspirasi, menggesa lebih ramai jurugambar Asia Tenggara, lelaki dan wanita, untuk memecahkan rekod tersebut.
Antara momen berharga yang ditangkap oleh Annice di sukan Olimpik musim sejuk itu.
Sekadar info, pada 2015, kecederaan malang telah memaksanya untuk bersara awal dari dunia sukan luncur. Namun halangan tersebut tidak menghalangnya dari mengenepikan minatnya apabila Annice mengubahya menjadi peluang untuk beralih ke bidang fotografi sukan. Secara tidak langsung, kariernya kini menjadi medium untuknya terus menyumbang bakat kepada cinta pertamanya iaitu sukan luncur figura.
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: WeirdKaya, Instagram Annice Lyn