Khabar duka masih menyelubungi seluruh negara sejak malam tadi apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam, pada usia 85 tahun.

Sepanjang enam tahun memimpin negara, Tun Abdullah bukan saja dikenang dengan pendekatan kepimpinan yang tenang dan berhemah, tapi juga kerana satu slogan yang sampai sekarang masih segar di ingatan rakyat iaitu  ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ menjadi simbol pentadbiran beliau yang fokus pada pembangunan menyeluruh dari segi ekonomi, pendidikan, sains, hingga nilai kemanusiaan.

BACA: Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi Menjadi Tokoh Malaysia Kelima Disemadikan Di Bawah Kubah Makam Pahlawan

BACA: Sajak ‘Ku Cari Damai Abadi’ Tular, Bekas Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf Sifatkan Tun Abdullah Sarat Jiwa & Pemikiran Mendalam

‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ – Slogan Ikonik Menjadi Semangat Sebuah Era Tun Abdullah Ahmad Badawi
Kredit foto: The Star

Pendekatan gaya kepimpinan beliau sangat berbeza dan Tun Abdullah tidak memilih untuk garang atau populis, sebaliknya percaya bahawa kejayaan negara bermula dari pembangunan insan. Disebabkan itu jugalah beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan dan sentiasa ingin memastikan anak muda negara ini mempunyai ilmu, etika dan jiwa besar.

“Apabila kita berjaya mencapai tahap cemerlang, gemilang dan terbilang, walau sekecil manapun bilangan kita, walau sebesar manapun perhimpunan, walau di bumi mana kita berada, walau di bawah langit mana kita bernaung, kehadiran kita akan dirasai dan diberi penghormatan,” begitulah petikan ucapan beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO ke-56 pada 2005.

Ads

BACA: Tun Mahathir Puji Kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Kenang Pertemuan Kali Pertama Di Pasar Raya

BACA: Sultan Selangor Sifatkan Allahyarham Tun Abdullah Negarawan Yang Tenang, Pentingkan Rakyat

‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ – Slogan Ikonik Menjadi Semangat Sebuah Era Tun Abdullah Ahmad Badawi
Kredit foto: JPM

Dalam pada itu, Tun Abdullah turut disanjung kerana menjadi salah seorang pemimpin yang tidak suka menunjukkan kuasa dan memilih pendekatan yang lebih lembut, bijak dan berjiwa rakyat.

“Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama saya,” antara kata-kata keramat yang membuktikan gaya kepimpinan beliau yang inklusif. Pada awal pentadbirannya beliau juga jelas mahu rakyat, pemimpin masyarakat dan pemimpin politik bekerja bersama-sama dalam membangunkan negara.

Ads

BACA: Michelle Yeoh Hadir Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi

BACA: Bekas Setiausaha Tun Abdullah Anggap Allahyarham Amat Penyabar. “Insan Yang Mulia Hatinya, Bersih…”

‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ – Slogan Ikonik Menjadi Semangat Sebuah Era Tun Abdullah Ahmad Badawi
Kredit foto: BERNAMA

Selain itu, beliau turut memperjuangkan integriti dan ketelusan dengan melancarkan Pelan Integriti Nasional serta menubuhkan Institut Integriti Malaysia. “​Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral, etika dan integriti,” katanya sewaktu pelancaran pelan tersebut — satu mesej yang masih relevan hingga hari ini.

Tun Abdullah juga menaik taraf BPR menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah. Malah, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap PDRM membuktikan iltizam beliau untuk memperbaiki institusi negara demi kebaikan rakyat.

Ads

BACA: Rakyat Dibenar Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi Di Masjid Negara Sehingga Jam 1 Petang Ini

BACA: PM Kelima Malaysia, Pak Lah Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun. Al-Fatihah

Walaupun kini Pak Lah sudah pergi meninggalkan rakyat Malaysia, semangat yang dibawa beliau pasti masih kekal hidup. Slogan ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ bukan sekadar kenangan, tetapi menjadi prinsip hidup dan pentadbiran akan kekal dikenang generasi muda. Kami di REMAJA mengucapkan salam takziah dan terima kasih atas segala jasa Pak Lah. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman, Al-Fatihah.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI