Tidak keterlaluan sekiranya REMAJA gambarkan tahun 2022 menjadi milik grup sensasi Korea Selatan, Blackpink dalam konteks dunia hiburan antarabangsa.
Mereka muncul di pentas Video Music Awards (VMAs) untuk kali pertama pada bulan Ogos dan telahpun memulakan jelajah dunia ‘sold out’ di 27 buah bandaraya sejak Oktober lalu; berbaki tujuh bulan lagi termasuklah persembahan di Kuala Lumpur.
Pengaruh Blackpink bukan sekadar dalam kalangan peminat K-pop sahaja, malahan grup yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose ini juga menjadi salah satu penghibur kegemaran ramai selebriti antarabangsa seperti Selena Gomez, Usher dan Taylor Swift yang telah meluahkan rasa sayang mereka terhadap Blackpink secara terbuka sebelum ini.
Kehadiran album studio kedua berjudul Born Pink pada September lalu memperkukuhkan kedudukan Blackpink setelah ia mencatatkan jualan sehingga 2 juta unit.
Ads
Berbekalkan pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2022, tidak hairanlah penerbitan antarabangsa Majalah Time telah menamakan Blackpink sebagai ‘Entertainer of the Year’ atau ‘Penghibur Tahunan’ untuk edisi Disember mereka.
Blackpink sekaligus menjadi artis dari Korea Selatan kedua yang diberikan gelaran ‘Entertainer of the Year’ selepas kumpulan BTS pada tahun 2020.
Menerusi temubual bersama Time yang telahpun dimuat naik di laman sesawangnya, Jennie memberitahu bahawa banyak tenaga dan usaha telah mereka berempat pertaruhkan agar boleh menjadi ‘superwomen’. Begitupun katanya, mereka hanyalah empat orang gadis biasa dalam kehidupan seharian.
Penglibatan setiap ahli Blackpink dalam kerjaya solo masing-masing juga dilihat sebagai resepi kejayaan kumpulan tersebut di mana setiap ahli mempunyai ruang untuk meneroka potensi serta identiti sendiri dalam dunia muzik, fesyen dan lakonan.
Ads
“Mereka berempat adalah bintang dari sudut masing-masing.”
Tambah Jennie lagi, kesemua kejayaan ini lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan bersandarkan kepada wang serta perniagaan semata-mata. Justeru, kini mereka lebih mementingkan aspek kesihatan mental dan fizikal bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah kali terakhir manusia mendarat di atas permukaan bulan pada tahun 1969, kini Pentadbiran Aeronautif & Angkasa Kebangsaan ataupun NASA sedang merangka perancangan untuk mengembalikan tersebut bagi tahun 2024.
Dikenali sebagai misi NASA Artemis Mission, NASA baru-baru ini telah menganjurkan satu pertandingan terbuka bernama The Lunar Loo Challenge untuk menerima penyertaan bagi rekaan tandas di angkasa lepas.
Walaupun kedengaran seperti remeh, rekaan tandas bagi kegunaan angkasawan adalah sama pentingnya dengan keperluan makan dan minum harian mereka. Bukan satu tugas mudah untuk mencipta tandas dalam kawasan tanpa tarikan graviti dan ia memerlukan kepakaran dan ketelitian sang pereka.
Untuk misi ke bulan kali ini, program terbaru NASA yang dikenali sebagai Human Landing System Program ini sedang mencari peranti dan teknologi generasi baharu yang lebih kecil saiznya, lebih efisien dan mampu digunakan dengan baik dalam situasi microgravity dan lunar gravity di bulan nanti.
Seperti yang dijangka, Lunar Loo Challenge telah menerima sambutan yang amat menggalakkan iaitu lebih daripada 2000 penyertaan dari seluruh dunia untuk mereka bentuk tandas bagi angkasawan.
Ini termasuklah penyertaan daripada seorang peserta dari Malaysia bernama Kevin Lim Chin Seong.
Jurutera muda itu telah mengharumkan nama negara setelah terpilih sebagai pemenang honourable mention bagi rekaan tandas cemerlang oleh NASA. Dalam temuramahnya bersama rakan media di Free Malaysia Today, Kevin berkongsi bahawa dia sudahpun mempunyai idea rekaan setelah membaca mengenai syarat-syarat penyertaan pertandingan ini.
“Saya mengambil masa 2 bulan untuk menulis, mengira dan mencipta idea yang boleh berfungsi dengan mudah. Dalam tempoh itu, saya perlu melalui beberapa peringkat pengiraan bagi rekaan ini sebelum saya merealisasikannya menggunakan software Computer-Aided Design (Auto-CAD) bagi melihat sama ada ia boleh berfungsi pada tahap terbaik.
“Saya ingin memastikan rekaannya mudah untuk digunakan oleh angkasawan di angkasa lepas kelak,” katanya yang gembira dan bersyukur dengan penghargaan oleh NASA ini.
Tambahnya, pengalaman mereka bentuk tandas ini telah memberikannya inspirasi untuk perancangan kerjayanya dalam sektor R&D (research & development).
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Drama Korea bukan hanya mendapat tempat di hati peminat tempatan, namun ia turut menjadi bualan hangat oleh peminat di luar negara, terutamanya Malaysia dan Indonesia. Setiap kali muncul di kaca televisyen, pasti menjadi trending kerana jalan ceritanya yang menarik dengan barisan pelakon berbakat.
Walau bagaimanapun, bukan semua drama Korea mendapat sambutan hangat, malah ada yang dipendekkan tayangannya gara-gara tidak mendapat sambutan.
Jom kita lihat antara k-drama yang dipendekkan kerana tidak mendapat rating yang tinggi dan kurang sambutan.
1. A Beautiful Mind
Drama ini sepatutnya mempunyai 16 episod dan walaupun mendapat sokongan daripada penonton luar negara, namun siri ini dikurangkan menjadi 14 episod. K-drama ini hanya mempunyai rating sekitar 3.7 peratus dan ia adalah sangat rendah bagi drama yang disiarkan di saluran awam.
2. Mom is Acting Up
Asalnya, drama ini sepatutnya mempunyai 120 episod tetapi sebaliknya ia telah dipendekkan menjadi 27 episod. Kekurangan penonton yang berterusan menyebabkan MBC hanya memotong rancangannya dan beralih ke projek lain.
3. A Piece of Your Mind
Drama ini juga sepatutnya mempunyai 16 episod namun ia tidak berjaya menarik perhatian masyarakat umum dan hanya mencatatkan rating 2.4 peratus. A Piece of Your Mind dipendekkan menjadi 12 episod sahaja.
4. Ex-Girlfriend’s Club
Episod pertama drama ini hanya mencatatkan rating sebanyak 1.16 peratus dan selepas episod 1, drama ini tidak pernah mendapat rating penonton yang melebihi 1 peratus. Disebabkan itu, drama 16 episod ini dipendekkan menjadi 12 episod.
5. Love Frequency 37.2
Drama ini sepatutnya mempunyai 12 episod namun dipendekkan menjadi 6 episod kerana ia tidak mendapat perhatian daripada masyarakat umum.
Oleh kerana taksub sangat nak nampak ramping dengan ilusi tinggi lampai, ramai anak gadis yang memilih untuk menggayakan skinny jeans.
Malah, trend ini juga seakan berjangkit kepada kaum lelaki kerana ada juga segelintir daripada mereka yang turut menggayakan fesyen seluar ketat ini.
Namun begitu, sedar tak sedar gaya pemakaian seluar ketat ini boleh mengundang kesan negatif pada tubuh badan jika dipakai secara berterusan.
Berikut merupakan kesan-kesan bahaya yang patut korang ambil kira sebelum terus menerus menggayakan skinny jeans.
1. Wanita yang kerap memakai skinny jeans cenderung untuk mengalami risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang. Hal ini dijelaskan oleh Ketua Unit Fisioterapi, Zunaidah Abu Samah dalam memberi pencerahan terhadap isu ini.
2. Menurut pakar ginekologi Tami Rowen pula, memakai seluar ketat dapat menyebabkan kemaluan terdedah kepada risiko jangkitan akibat luka daripada pergeseran kasar di antara seluar dan kulit.
3. Akibat tekanan tinggi yang berlaku pada saraf pelvis, ia dapat membuatkan seseorang individu itu kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, menjadi sensitif apabila disentuh dan berasa tidak selesa pada bahagian celah paha.
4. Pemakaian yang ketat mampu mendatangkan rangkaian masalah tulang dan otot yang serius.
5. Dalam kesan jangka panjangnya pula, hal ini dapat menyebabkan paha dan kaki kebas dan penyakit ini dikenali sebagai meralgia paresthetica.
Ha, bila dah tahu kesan-kesan negatif pemakaian seluar ketat ni, masih ada lagi yang berani nak pakai tak?
Sumber: cari.com.my
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...