Tidak keterlaluan sekiranya REMAJA gambarkan tahun 2022 menjadi milik grup sensasi Korea Selatan, Blackpink dalam konteks dunia hiburan antarabangsa.
Mereka muncul di pentas Video Music Awards (VMAs) untuk kali pertama pada bulan Ogos dan telahpun memulakan jelajah dunia ‘sold out’ di 27 buah bandaraya sejak Oktober lalu; berbaki tujuh bulan lagi termasuklah persembahan di Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Idola K-Pop Pertama Menang Kategori ‘Best K-Pop’ Di VMA dan MTV EMAs Sekaligus – REMAJA
BACA LAGI: Konsert Blackpink Di KL Kekal Untuk SEHARI Saja, Ini Tarikh Dapatkan Tiket ‘Presale’ – REMAJA
Pengaruh Blackpink bukan sekadar dalam kalangan peminat K-pop sahaja, malahan grup yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose ini juga menjadi salah satu penghibur kegemaran ramai selebriti antarabangsa seperti Selena Gomez, Usher dan Taylor Swift yang telah meluahkan rasa sayang mereka terhadap Blackpink secara terbuka sebelum ini.
Kehadiran album studio kedua berjudul Born Pink pada September lalu memperkukuhkan kedudukan Blackpink setelah ia mencatatkan jualan sehingga 2 juta unit.
Berbekalkan pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2022, tidak hairanlah penerbitan antarabangsa Majalah Time telah menamakan Blackpink sebagai ‘Entertainer of the Year’ atau ‘Penghibur Tahunan’ untuk edisi Disember mereka.
Blackpink sekaligus menjadi artis dari Korea Selatan kedua yang diberikan gelaran ‘Entertainer of the Year’ selepas kumpulan BTS pada tahun 2020.
Menerusi temubual bersama Time yang telahpun dimuat naik di laman sesawangnya, Jennie memberitahu bahawa banyak tenaga dan usaha telah mereka berempat pertaruhkan agar boleh menjadi ‘superwomen’. Begitupun katanya, mereka hanyalah empat orang gadis biasa dalam kehidupan seharian.
Penglibatan setiap ahli Blackpink dalam kerjaya solo masing-masing juga dilihat sebagai resepi kejayaan kumpulan tersebut di mana setiap ahli mempunyai ruang untuk meneroka potensi serta identiti sendiri dalam dunia muzik, fesyen dan lakonan.
“Mereka berempat adalah bintang dari sudut masing-masing.”
Tambah Jennie lagi, kesemua kejayaan ini lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan bersandarkan kepada wang serta perniagaan semata-mata. Justeru, kini mereka lebih mementingkan aspek kesihatan mental dan fizikal bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Tahniah Blackpink!
BACA LAGI: Stail Jennie Blackpink Di Acara Fesyen Chanel Sentiasa ‘Trending’ Sejak 2018 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.