Musim durian sememangnya cukup dinantikan oleh peminat raja buah. Selain dimakan begitu saja, durian turut dijadikan juadah pelbagai bentuk. Antara resipi yang cukup viral sekarang ialah cendol durian.
Sekarang bayangkan cendol durian ditransformasikan kepada minuman ice blended. Pelik? No, korang harus cuba dulu baru tahu. CoolBlog selaku jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa memperkenalkan 3 perisa baru dalam kempen terbaru, Rasa-Rasa Malaysia.
Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog melancarkan Rasa-Rasa Malaysia dengan perisa Coco Yam Pulut Hitam Smoothie, Cendol Durian Smoothie dan Coco Kacang Chocolate Smoothie. Ketiga-tiga minuman terbaru ini dihasilkan daripada juadah pencuci mulut tempatan yang cukup popular.
Ads
Remaja sendiri mencuba Cendol Durian Smoothie pada majlis pelancarannya sebentar tadi. Seriously, it’s not bad at all!
Ads
Majlis pelancarannya hari ini disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa, Anis Nabilah dan rapper terkenal tanah air, Altimet. Pada majlis ini mereka turut mempersembahkan gimik tersendiri bagi meraikan pelancaran Rasa-Rasa Malaysia.
Ads
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn. Bhd., Keith Loh, pilihan terbaru perisa ini merupakan tribute kepada cita rasa tempatan yang memaparkan jenama negara kita.
Menu minuman terbaru CoolBlog ini akan mula dijual di seluruh negara bermula 7 September 2017.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak seni Malaysia kini bukan sahaja hebat di atas pentas, layar lebar dan seni tarik suara tetapi mereka turut hebat sebagai pendidik bagi membentuk generasi masa depan yang gemilang.
Walaupun masing-masing menceburi dunia seni dan bergelar selebriti namun itu bukan halangan untuk mencapai cita-cita dalam dunia pendidikan dan menjadi penyebar ilmu kepada anak bangsa.
Jom kita lihat lima selebriti popular yang bergelar pensyarah.
VANIDAH IMRAN
Aktres hebat yang juga bekas ratu cantik Malaysia kini merupakan seorang pensyarah di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA. Vanidah yang merupakan pemegang trofi pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia 2007 merupakan graduan Open University Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris. Selain itu,menambahkan lagi kredibilitinya sebagai seorang pendidik, ibu kepada dua cahaya mata ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Seni Persembahan dari Universiti Malaya.
DR SOO WINCCI
Kehebatan anak jati Selangor ini tidak dapat disangkal lagi. Memulakan kerjayanya dalam dunia seni sebagai seorang ratu cantik dan bergelar Miss World Malaysia 2008. Soo Wincci terus melebar sayap begelar seorang pelakon dan penyanyi. Paling mengagumkan tentang wanita cantik ini, dia memiliki dua Ijazah Kedoktoran! Satu dalam bidang pengurusan perniagaan dari Open University Malaysia dan ijazah kedoktoran kedunya dalam bidang produksi artistic dari University of Polytechnic Valencia. Kini dia merupakan seorang pensyarah Muzik di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA.
DR DIDDY HIRDY
Diddy Hirdy atau nama sebenarnya, Syamsul Hirdi bin Muhid mula melakar nama dalam industri seni Malaysia sebaik sahaja menyertai rancangan nyanyian realiti Akademi Fantasia. Jejaka berusia 37 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang muzik dari University of Liverpool, England. Berjuang demi mendapatkan ijazah tersebut selama lebih kurang lima tahun, kini dia merupakan seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia untuk Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan.
NAJWA LATIF
Najwa antara anak seni yang cukup kreatif dalam industri muzik Malaysia. BUkan hanya bergelar penyanyi dia juga merupakan seorang komposer dan penulis lirik berbakat besar. Telah memperlahankan kerjaya seninya, Najwa kini selesa bergelar pensyarah selepas memperoleh Ijazah Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dari UNITAR International University. Kini dia mengajar di UNISEL dan dalam masa yang sama menyambung pengajian Ijazah kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Juara Dewi Remaja 2019 ini semakin bersinar dalam dunia seni di Malaysia. Baru-baru ini dia telah memenangi Asia Academy Creative Awards bagi kategori pelakon pembantu wanita terbaik di Malaysia. Dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan dari Universiti Malaya. Mungkin ramai tidak tahu, gadis manis berusia 27 tahun ini pernah bergelar pensyarah sambilan UiTM di Fakulti Filem, Teater & Animasi yang kini bernaung di bawah Kolej Pengajian Seni Kreatif. Bukan calang-calang walaupun masih muda kredibilitinya jelas terlihat.
Siapa antara anda pernah belajar dengan lima anak seni hebat ini? Say hi!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann mengumumkan di laman Instagramnya bahawa dia akan ditidurkan hari ini. Prosedur tersebut perlu dilaluinya demi menjalani pembedahan yang memerlukan dia tidak sedarkan diri.
Gadis manis berusia 27 tahun ini yang popular dengan lagu Bebas menyatakan perkara tersebut dan hantarannya itu menerima lebih 2700 tanda suka.
“Assalamualaikum semua, pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti korang.
“Doakan urusan Sissy harini dipermudahkan ya. Hari ini sangat penting buat saya. Saya akan menjalani satu pembedahan yang memerlukan saya ditidurkan buat seketika waktu,” tulisnya.
Menurutnya lagi, dia memohon jasa baik orang ramai agar tidak bertanyakan kepada ahli keluarganya mengenai perkara ini.
“Saya minta jasa baik supaya tidak bertanyakan ahli keluarga saya tentang perkara ini. Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Kami dari editorial REMAJA mendoakan semoga Sissy selamat menjalani pembedahan tersebut dan pulih seperti sedia kala hendaknya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang seorang influencer yang mengamuk di sebuah kedai makan gara-gara dihalau kerana dirinya dilarang membuat ‘live’ di restoran tersebut.
Bukan hanya video live di kedai itu sahaja, influencer itu juga turut viral dengan sebuah lagi video live yang didakwa melakukan makian dan body shaming kepada pengikutnya. Namun begitu, personaliti itu telah memohon maaf dan mengakui kesalahannya itu.
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Ketika berhadapan dengan ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang itu bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri.
Walau bagaimanapun, undang-undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan seseorang individu itu meluahkan rasa marah. Marah akan mendorong korang bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri korang sendiri. Oleh sebab itu, kita perlu mengawal sikap pemarah itu.
Bagaimana korang boleh menangani kemarahan?
Terdapat 3 cara yang korang boleh lakukan, iaitu meluahkannya, menahannya dan menenangkan diri. Meluahkan perasaan marah korang secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan.
Untuk melakukannya, korang perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang korang rasa sejelasnya, apa kehendak korang dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri korang sendiri dan orang lain.
Korang juga boleh menahan kemarahan dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan berfikir positif terhadap hal lain. Terdapat cara-cara untuk menenangkan diri ketika marah dan antaranya adalah seperti berikut:
• Panjangkan serta perlahankan tarikan nafas korang
• Perlahankan atau hentikan pergerakan korang supaya kadar degupan jantung dapat diturunkan
• Fokus kepada pemikiran yang positif
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih daripada persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah korang
Setiap orang mempunyai sikap amarahnya tersendiri. Namun, ia bergantung kepada bagaimana kita mengawal diri. Ingat, sikap marah hanya mengundang perkara negatif!
Jadilah individu yang rasional dan berfikir dahulu sebelum bertindak.
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...