Cendol Durian Smoothie Pulak! CoolBlog Perkenal 3 Perisa Baru Rasa-Rasa Malaysia

Share

Musim durian sememangnya cukup dinantikan oleh peminat raja buah. Selain dimakan begitu saja, durian turut dijadikan juadah pelbagai bentuk. Antara resipi yang cukup viral sekarang ialah cendol durian.

Sekarang bayangkan cendol durian ditransformasikan kepada minuman ice blended. Pelik? No

, korang harus cuba dulu baru tahu. CoolBlog selaku jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa memperkenalkan 3 perisa baru dalam kempen terbaru, Rasa-Rasa Malaysia.

Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog melancarkan Rasa-Rasa Malaysia dengan perisa Coco Yam Pulut Hitam Smoothie, Cendol Durian Smoothie dan Coco Kacang Chocolate Smoothie. Ketiga-tiga minuman terbaru ini dihasilkan daripada juadah pencuci mulut tempatan yang cukup popular.

Remaja sendiri mencuba Cendol Durian Smoothie pada majlis pelancarannya sebentar tadi. Seriously, it’s not bad at all!

Majlis pelancarannya hari ini disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa, Anis Nabilah dan rapper terkenal tanah air, Altimet. Pada majlis ini mereka turut mempersembahkan gimik tersendiri bagi meraikan pelancaran Rasa-Rasa Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn. Bhd., Keith Loh, pilihan terbaru perisa ini merupakan tribute kepada cita rasa tempatan yang memaparkan jenama negara kita.

Menu minuman terbaru CoolBlog ini akan mula dijual di seluruh negara bermula 7 September 2017.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim