Cepat Rebut! Seluar Jeans Serendah RM59 Je Kalau Beli Weekend Ni

Share

 

Cuba bayangkan. Harga seluar jeans RM169 dikurangkan sehingga RM59 sehelai. Siapa tak nak weh!

 

Jika korang masih ternanti-nantikan bila waktu sesuai untuk mulakan shopping Raya, hujung minggu inilah masanya!

Melalui perkongsian di akaun Facebook mereka, jenama fesyen Korea, SPAO bakal menawarkan jualan harga runtuh untuk koleksi seluar jeans mereka semasa waktu promosi Happy Hour pada hujung minggu ini.

Daripada harga asal iaitu RM99 dan RM169 bergantung kepada jenis seluar, SPAO akan menjualnya pada harga RM59 SAJA.

Itu bermakna korang perlu merebut diskaun hampir 75 peratus yang mereka tawarkan!

 

 

Promosi Happy Hour ini bakal berlangsung pada 25 Mei dan 26 Mei ini, dari jam 2.00pm hingga 6.00pm. Sebaiknya korang drop by pada hari Sabtulah ya, takut habis pula stok yang ada kan..

Lets Raya bersama seluar jeans baru..
Published by
FZ