Selalu kan, kita tak tahu nak order apa bila sampai dekat kafe atau restoran?
End up, mesti satu meja tu penuh dengan makanan dan minuman konsep rojak. Menu Melayu, Barat, yang manis, yang masam sedikit, yang pedas! Fusion katanya.
Remaja mencuba teori makanan campur atau fusion ini dengan finalis Hero Remaja 2017, Ashraff Moghni semasa kami ke restoran Delicious Bangsar Village II.
Special bermula Januari lepas, tiga buah cawangan Delicious di Bangsar Village II, 1 Utama dan St Mary Place telah mengubah konsep dekor kafenya untuk menjadi lebih elegan tapi masih sesuai untuk keluarga.
Begitu juga dengan menu makanan dan minuman di Delicious yang besar portion-nya, berkonsepkan fusion dan mempunyai rasa yang unik.
“Makanan harus kelihatan ‘real’, sedap dan mempunyai kuantiti yang banyak. Begitu juga dengan tempat makan. Experiance di sekeliling meja makan perlu sesuai dengan pelanggan yang datang ke sini and we are sure, youth out there will like it here,” kata wakil Delicious, Tan San Hui.
Ads
Seafood Aglio Olio.
Bila dengar statement tu, terus Remaja dan Ashraff terliur nak cuba. Betul ke sedap dan best ke experience makan di Delicious baru ni?
Menu fusion kami dibahagikan kepada 4 set berbeza. Antaranya termasuklah Fried Mac & Cheese untuk appetizer, Nasi Kerabu dan Seafood Aglio Olio (main course), Delicious Sundae (desert) dan dua jenis minuman iaitu Asam Boi dan Sirap Bandung.
Ada nasi, pasta, sundae dan minuman tradisional…fusion betul!
Ads
Apa yang kami boleh katakan tentang menu di Delicious ini adalah ia tidak memuakkan. Walaupun dihidang dalam set pinggan besar dan lengkap, korang tak akan rasa muak dengan makanan yang dipesan. Guarantee habis!
Nasi Kerabu Dengan Ayam Percik.Delicious Big Breakfast untuk brunch.
Pada mulanya bila dapat appetizer tu, kami pun tak pasti kalau boleh habiskan satu mangkuk Fried Mac & Cheese. But surprisingly, it was so good sehinggakan kami berebutlah nak habiskan sehingga ke bebola terakhir.
Selain daripada 6 menu yang Remaja dan Ashraff pesan, ada lagi pilihan lain yang boleh korang cuba. Antaranya, Nasi Kerabu dengan Ayam Percik (sedap je tengok meja sebelah makan), Delicious Big Breakfast, dan Duck Pomelo Salad.
Ads
Kalau yang tak minat daging itik pun tak ada masalah.
Korang boleh pesan piza yang dibuat sendiri oleh Chef di sini. Ada Margherita Pizza, Cheese Pizza. Seafood Marinara Pizza dan macam-macam lagi.
Overall, Delicious masih merupakan antara tempat makan yang paling sesuai bagi semua jenis pelanggan. Keluarga ke, untuk dating ke, discussion meet up atau untuk saja-saja lepak pun, this is the right place.
Berita penutupan operasi stesen televisyen NTV7 memberi impak yang besar kepada masyarakat Malaysia, khususnya bagi mereka yang membesar dengan menonton rancangan-rancangan menarik yang disiarkan oleh stesen TV ini.
Antara slot yang mendapat tempat di hati peminat adalah telenovela Amerika Latin yang disiarkan pada setiap petang. Walaupun satu siri telenovela ini menjangkau sehingga beratus episod, tetapi ia masih mampu menarik perhatian penonton untuk terus berada di depan kaca TV.
Pasti ramai yang merindui kenangan meluangkan masa bersama keluarga menonton telenovela. Betul tak?
Jom kita throwback sikit antara telenovela popular yang pernah ditayangkan di NTV7 satu ketika dahulu.
1. Maria Mercedes
Dibintangi oleh pelakon cantik Thalia, telenovela ini mengisahkan tentang gadis miskin Maria Mercedes yang menyara dua adiknya dengan bekerja sebagai penjual tiket loteri dan menjadi badut.
Wanita ini jatuh cinta dengan jejaka kacak yang kaya dan pelbagai dugaan datang menjadi penghalang cinta mereka. Paling best, lagu Maria Mercedes ni memang boleh buat kita terikut-ikut sekali.
2. La Usurpadora
Lain pula dengan kisah pasangan kembar yang telah terpisah sejak kecil dan apabila besar, mereka terperangkap dalam satu siri penyamaran. Apa yang bestnya drama ini bila si kakak yang hidup miskin perlu menggantikan tempat adiknnya yang menjadi isteri orang kaya kerana sering berlaku curang bersama lelaki lain.
Watak kembar yang antagonis ni memang boleh bikin kita rasa sakit hati setiap kali menonton telenovela ini.
3. Mis Tres Hermanas
Ini antara telenovela Latin yang paling sweet, berkisarkan tentang kekeluargaan di mana si abang sulung perlu menjaga tiga adik-beradik perempuannya selepas kematian ibu bapa mereka.
Setiap seorang adik perempuannya itu punya kisah mereka yang tersendiri dan si abang pula dengan kisah isterinya yang boleh tahan jahat. Itu buat penonton lebih geram.
Namun begitu, gandingan Scarlet Ortiz dan Ricardo Alamo menjadikan drama ini lebih romantis dengan kisah percintaan mereka yang penuh dugaan.
4. Secreto de Amor
Telenovela ini menjalankan penggambaran di Miami, Florida dan dilakonkan oleh bintang terkenal Scarlet Ortiz dan Jorge Aravena. Kisah percintaan mereka dilanda pelbagai liku dan bagaimana mereka bersatu mempertahankan cinta mereka.
5. Mi Gorda Bella
Siri Venezuela ini mempunyai sebanyak 178 episod dan ditayangkan selama setahun. Mi Gorda Bella mengisahkan tentang seorang gadis gemuk yang sering dicemuh, tetapi menjadi pilihan jejakan kacak. Drama ini turut diadaptasi oleh beberapa negara termasuklah India, Mexico dan Malaysia menerusi drama Manjalara.
6. Juana La Virgen
Juana La Virgen atau lebih popular di Malaysia dengan judul Juana’s Miracle menceritakan tentang seorang pelajar cemerlang bernama Juana yang dilakonkan Daniela Alvarado, hidup Juana mula berserabut dan huru hara apabila disahkan hamil akibat kesilapan daripada pihak hospital. Daniela digandingkan bersama Ricardo Alamo sebagai Mauricio de la Vega, bintang utama Mis 3 Hermanas.
Haih, kenangan sungguh..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
YouTuber mukbang Korea, Hamji yang mempunyai seramai 5.31 juta pengikut di laman tersebut mengatakan bahawa pada 18 Januari lalu, agensi Tiongkok memberitahunya bahawa mereka telah menamatkan kontrak beliau kerana mendakwa Hamji telah mengatakan Kimchi dan Ssam (bungkusan sayuran) adalah makanan Korea.
Pada 15 Januari lalu, Hamji telah menyiarkan videonya makan sotong kurita Bibimpap dan kimchi putih di saluran YouTubenya. Namun, perbalahan kuat dibahagian komen tercetus antara penonton Korea dan Cina yang menonton video tersebut.
Alasan hujah tersebut adalah kerana Hamji menekan butang ‘like’ pada salah satu komen netizen yang mengatakan “Saya marah kerana orang Cina mendakwa bahawa Ssam adalah milik mereka, tetapi saya gembira kerana anda telah menyiarkan video makan Ssam.
Kontroversi semakin memuncak kerana komen tersebut telah disalah tafsir dan netizen China membincangkan isu tersebut bersama YouTuber di media sosial Weibo yang mengatakan bahawa Hamji menghina orang-orang Cina. Sejak itu, netizen China telah meninggalkan komen jahat pada video mukbang Hamji.
Agensinya dari China sudah membuat permohonan maaf tetapi netizen China masih tidak berhenti menyiarkan komen-komen negatif.
Hamji secara peribadi menjelaskan tentang kontroversi itu dan menyiarkan mesej di komuniti YouTubenya. Dia menjelaskan bahawa agensinya meminta maaf kerana ramai netizen China percaya bahawa dia telah memfitnah orang Cina.
Hamji turut menjelaskan perbuatannya menekan butang ‘like’ pada komen tersebut kerana dia percaya bahawa Kimchi dan Ssam adalah makanan dari Korea dan tidak masuk akal jika isu ini mahu menjadi perdebatan tentang adakah ia milik orang Korea atau China.
YouTuber mukbang ini juga turut menjelaskan bahawa agensi China yang membantunya menguruskan saluran di China telah memberitahu mengenai penamatan kontrak pada 17 Januari.
Menurut agensi China, mereka telah mengesahkan secara rasmi untuk memutuskan semua hubungan kerjasama dengan Hamji kerana kontroversi dan penghinaannya yang telah memberi kesan kepada masyarakat di China. Mereka mendakwa YouTuber itu telah melukai perasaan peminat di China dan memutuskan kepercayaan dengan syarikat tersebut.
Hamji memohon maaf atas kesalahfahaman yang telah menyebabkan pengikutnya terluka dan tidak akan mempromosikannya di China jika dia harus mengatakan bahawa Kimchi adalah makanan orang China.
Fuh, macam-macam pula jadinya. Tak pernah pula kami tengok drama Cina makan Kimchi. Hiks! Diharap isu ini tidak lagi menjadi perbalahan kerana Hamji pun sudah bersetuju untuk tidak lagi mempromosikan videonya di China.
Sebelum ini timbul desas desus khabarnya Wi Ha Joon, Park Seo Joon dan Han So Hee bakal bergandingan dalam sebuah drama diberi judul Gyeongseong Creature. Terbaharu, pelakon wanita itu dikatakan sah akan menerajui drama tersebut bernama bintang Itaewon Class ini.
Berita ini telah disahkan bahawa mereka bakal memegang watak sebagai pelakon utama dan penggambaran telah pun bermula secara rasmi.
Berlatarkan masa di sekitar musim bunga pada 1945, Gyeongseong Creature menceritakan tentang dua individu yang berhadapan dengan seekor makhluk dan berjuang untuk terus hidup. Drama ini ditulis oleh Kang Eun Kyung yang pernah terlibat dalam siri ‘Dr. Romantic’ dan diarahkan oleh Jung Dong Yoon.
Park Seo Joon turut berkongsi tentang drama terbaharunya ini, “Saya begitu teruja dengan drama yang berlatarkan kisah sejarah Gyeongseong. Saya merasakan projek ini adalah terbaik dan tidak sabar untuk bekerja dengan tenaga produksi yang hebat. Saya kini akan bekerja keras untuk menjayakan watak yang diberi sebagai Jang Tae Sang.
Jang Tae Sang merupakan seorang lelaki kaya di Bukchon dan mempunyai wawasan yang tinggi. Peribadinya yang suka bergaul menjadikan lelaki ini seorang yang dikenali ramai di kampungnya itu.
Manakala Han So Hee juga turut menzahirkan perasaannya apabila bakal membintangi drama ini. “Saya sangat berbesar hati untuk menunjukkan sisi baharu dalam watak yang akan diterajui nanti. Chae Ok kelihatan seorang yang keras di luar namun memiliki hati yang lembut. Saya akan bekerja keras untuk membuat yang terbaik dan melakukan persediaan dengan lebih tekun.”
Pasti ramai peminat k-drama sudah tidak sabar untuk melihat gandingan dua selebriti popular ini. Gyeongseong Creature dijadualkan bakal ditayangkan pada 2023.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencuri perhatian masyarakat apabila beliau tampil berhijab dalam sebuah acara berbuka puasa anjuran...