Cerita Joyah Las Vegas Tentang Bit Coin, Baca Penjelasan Pakar Hartanah Ini

Share

Apa bitcoin? Melabur bagaimana. Tahu itu matawang digital tapi nak uruskan bagaimana pula?

Meh, kasi faham sikit apa tu bitcoin. Baca juga penjelasan pakar hartanah mengenai bitcoin. Ingat, dengar memang seronok, katanya duit ratus-ratus ribu tapi baca dulu sebelum buat keputusan.

Untuk makluman, bitcoin adalah satu cryptocurrency atau matawang digital yang bersifat decentralized dan menggunakan teknologi blockchain.”

Teknologi-teknologi ini seperti cryptocurrency, decentralized dan blockchain sebenarnya agak sukar untuk difahami kalau tak betul-betul faham tentang asasnya.

Bitcoi, mata wang digital ini kini menjadi kegilaan dunia

Tapi, cara paling senang untuk faham bitcoin ialah matawang digital.

Duit tak nampak di tangan tetapi nilainya boleh menjadi beratus kali ganda dan menjadi kegilaan orang muda untuk membelinya.

Dikatakan 1 bit coin bersamaan RM77, 505.50 peningkatan sebanyak  879,999 kali sejak 2010. Wow, sapa beli bitcoin semasa mula diperkenalkan confirm jadi kaya rayakan. Tapi itulah, untung itu rezeki orang.

Bagi yang nampak dan begitu tergila-gila tentang bitcoin ini semua sudah maklum, matawang digital ini sudah menjadi satu pelaburan terbaik di dunia berbanding korang melabur di pasaran saham.

Ada turun naik ke macam pelaburan saham? Ada tetapi setakat ini masih kukuh lagi. Nak bagi tau, Bank Negara Malaysia tak iktiraf ya pelaburan ini. So risiko tanggung sendiri.

Tapi janganlah sebab tak faham tapi teringat nak jadi kaya dengan mudah membuatkan kita meminjam dari sapa-sapa plak sebab nak beli bitcoin. Kalau memang korang banyak duit, bolehlah beli tanpa ragu-ragu.

Korang ingat lagi tak tentang Joyah Las Vegas. Ala akak orang Melayu yang baik hati dan duduk di Las Vegas tu. Biar dah lama menetap di negara orang tetapi dia tetap ingat budaya orang Melayu dan cukup humble orangnya.

Inilah Joyah Las Vegas yang baik hatinya. Banyak media Malaysia menemuramahnya suatu ketika dahulu. Pix dari FB Joyah Las Vegas

Dia ada melabur dalam bitcoin akak salah sorang yg terjebak akhirnya,nanti akak bagi tau hasil samada real or not.something new,something confusing” tetapi belum dapat hasilnya tetapi katanya, jiranya di Vegas yang sakit dan memerlukan sejumlah besar wang untuk biayai perubatan. Namun dengan bitcoin itulah dia mampu merawat kansernya.

Baca tulisan Joyah Las Vegas dalam entri facebook Azizul Azli Ahmad yang juga seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur. Selain mengajar dalam bidang Seni Bina Dalaman, beliau juga merupakan pelabur yang aktif dalam bidang hartanah bila mana Dr Azizul menulis mengenai isu bitcoin.

Ini kenyataan Joyah Las Vegas tentang bitcoin

Kat sini pon Federal tak iktiraf, kalau kena hack habis semua, but my jiran sebelah rumah been doingit since 2014, semlm akka pegi rumah dia tanya perkembangan, dia sebab dah 3 bulan tak nampak, if not everyweek kita org bersembang, dia dah pencen but kerja part time tu bayo medical insurance,tu yg dia cuba nasib merjudikan duit yg dia ada.

bila jumpa dia semlm terperanjat tgk dia,tak der bole bercakap sebab kena throat cnacer, stage 3, dia menaip nak bercakap dgn akak, dia kata nasib baik dia beli bitcoin dua tahun lepas,duit tu yg dia guna untuk perubatan dia yg makan belanja 60 ribu sebulan.

To get best treatment for his cancer. pas tu dia tunjuk acc dia kat akak. mak ko ada 1.8 juta usd.dalam virtual wallet dia,acc yg digunakan untuk bitcoin memberrs. i guess bila dah sampai soal hidup dan mati,,kita kena tawakal jer ler,pasal hukum tu.

Sebab org mcm kita tak mampu nak bayo 60K sebulan untuk perubatan, after insurance.. entah ler, mudahan kita tak di uji seberat tu,but kalau di takdirkan akak buat duit dalam scheme ni,akak gunakan duit tu nak tolong org yg memerlukan. i think its lebih baik dari menipu org. Itu hanya ler pendapat akak sebagai manusia yg amalan tak sebanyak mana.

Baca juga kenyataan Azizul Azli Ahmad dalam entri facebooknya.

So, sapa yang nak tahu tentang bitcoin nie, bacalah entri di sini ya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros