Jadi, boleh jogging atau tidak sebenarnya..?
Sejak perintah total lockdown dilaksanakan bermula 1 Jun lalu, tidak begitu banyak kes rakyat yang dikompaun telah kita dengari. Masing-masing nyata menjalankan tanggungjawab masing-masing demi melandaikan jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia.
Biarpun bergelar total lockdown, namun kita masih diberikan kelonggaran untuk ke luar rumah demi urusan penting. Selain itu, kita juga diberikan peluang untuk meneruskan aktiviti jogging
di kawasan luar dengan syarat ia dilakukan secara persendirian.Jadi apabila timbul isu beberapa orang dikompaun di Taman Tasik Seksyen 7 dan Taman Seksyen 14 dekat Shah Alam, ramai yang tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah mereka lakukan?
Bukankah aktiviti jogging ini dibenarkan?
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kompaun itu telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengikut Sesyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana didapati tidak mematuhi arahan PKP dengan memasuki taman-taman awam yang telah ditutup bermula 1 hingga 14 Jun ini untuk beriadah atau jogging.
Malah, terdapat gegantung di dua taman tasik tersebut yang memaklumkan mengenai penutupan sementara kawasan tersebut.
Tidak cukup dengan itu, MBSA juga telah memasang pita larangan di setiap pintu masuk bagi memastikan tiada individu yang menceroboh masuk sepanjang tempoh PKP ini.
Buat masa ini, MBSA berkata bahawa pihak berkuasa yang memantau lebih 20 buah taman tasik di sekitar Shah Alam dari awal pagi hingga ke lewat malam.
Dipercayai, ramai penduduk di kawasan berdekat yang masih berdegil membawa anak-anak dan bayi mereka untuk beriadah biarpun arahan sudah dikeluarkan.
*
Bagi kita yang masih ingin jogging, korang masih boleh berbuat sedemikian di sekitar kawasan kejiranan masing-masing secara sendiri. Tiada aktiviti secara berkumpulan yang dibenarkan sama sekali.
Jika sudah dikompaun kelak, jangan pula kata pihak berkuasa tidak memberikan arahan yang jelas ya.