Idea Datang Dari Tonton TV, Kanak-Kanak 9 Tahun Cipta Mesin Basuh Tangan Tanpa Sentuhan

Share

9 tahun! Pada usia ini, kanak-kanak bersekolah dalam darjah tiga di sekolah rendah. Mungkin masih bermain games, sweet-sweet cinta dan sebahagian aktiviti lain.

Namun lain pula yang terjadi pada seorang kanak-kanak lelaki warga Kenya ini. Diusia semuda ini dia sudah berjaya mencipta satu mesin mencuci tangan bertujuan mengelak penularan jangkitan COVID-19 untuk kebaikan orang ramai.

Stephen Wamukota, 9, berkata mesin yang menggunakan bahan kayu itu membolehkan pengguna menekan pedal kaki untuk mengeluarkan air tanpa sentuhan sekali gus mengurangkan risiko jangkitan koronavirus tersebut.

Stephen mendapat idea tersebut setelah menonton televisyen mengenai cara mencegah penularan virus.

Kenya setakat ini merekodkan lebih 2,000 kes COVID-19 dengan 69 kematian.

Bapa kepada kanak-kanak genius, James Wamukota memberitahu mesin itu dicipta menggunakan kepingan kayu untuk membuat bingkai tingkap.

“Saya telah membeli beberapa kepingan kayu untuk membuat bingkai tingkap, tetapi ketika saya pulang ke rumah setelah bekerja saya mendapati Stephen telah membuat mesin itu.

“Konsepnya adalah milik Stephen, saya hanya membantu mengetatkan mesin dan sangat berbangga dengan hasilnya,” katanya memetik laporan BBC.

James yang bekerja membaiki barang elektronik berkata anaknya amat berminat dengan kerja yang dilakukannya. Beliau memuat naik mesin ciptaan Stephen di Facebook dan terkejut dengan perkongsian oleh netizen.

Menariknya, Stephen turut menerima Anugerah Perintah Perkhidmatan Presiden (Patriotik) pada Isnin lepas atas kejayaan mencipta mesin tersebut.

Kata kanak-kanak itu, dia mahu menjadi seorang jurutera apabila dewasa kelak dan Gabenor County telah berjanji akan memberikannya biasiswa.

Wa bagusnya, ini yang kita mahukan. Walaupun hanya menonton televisyen santai-santai namun tetap belajar sesuatu darinya.

Sumber : Astro Awani

Published by
Ruziana Zainal