Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta pendaan MS SIRIM daripda SIRIm QAS International Sdn Bhd.
ARTIKEL BERKAITAN : Pastikan Pelitup Muka Bukan Perubatan Korang Dapat Perakuan SIRIM Mulai 4 Julai
Malah, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu kerana negara kini di fasa peralihan endemik.
Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaannya ke 1 Januari 2023 daripada tarikah asal 4 Julai 2022 selepas menerima reaksi negatif dari orang ramai.
Antara isu yang merisaukan orang ramai ialah kenaikan harga jualan pelitup muka yang masih lagi mandatori pemakaiannya apabila di luar.
Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan tersebut dilakukan selepas mengambil kira reaksi masyarakat dan pelbagai pihak.
Bagaimanapun dia menjelaskan bahawa, pewartaan itu sebenarnhya bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik sama ada dihasilkan dalam negara atau import mematuhi standard dan berkualiti untuk keselamatan pengguna.
Denda Dan Hukuman
Malah, kerajaan turut menekankan yang mana kegagalan mematuhi perintah ini boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM200,000, manakala untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi sebanyak RM500,000.
Bagi individu pula, denda akan dikenakan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Hmm…ada ada masa lah kita nak habiskan stok pelitup muka kat rumah tu dulu ye!
BACA LAGI : Tak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka, Singapura Longgar Syarat Sekatan
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro