Jika pada tahun lalu, pelakon K-drama kacak, Park Seo Joon telah menghiasi kempen jenama aktif dari Amerika Syarikat, Skechers; memasuki tahun 2023 tiba pula giliran selebriti baharu untuk menggalas tugas tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Sneakers Kegemaran Park Seo Joon Adalah Skechers D’Lites 4.0! – REMAJA
Percaya atau tidak, pada tahun ini duta Skechers tidak lain tidak bukan ialah Cha Eun-woo!
Bintang drama True Beauty dan ahli kumpulan Astro ini melakar populariti sejak melakukan debut sebagai seorang penyanyi pada tahun 2016.
Enam tahun bergelumang dalam persada seni di Korea Selatan, Eun-woo boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti Korea yang mempunyai repertoire
paling impresif dalam waktu yang singkat.Secara rasminya pada bulan Januari ini, Eun-woo telah dilantik sebagai duta rantau terbaru Skechers yang meliputi negara-negara Asia seperti Malaysia, Hong Kong, Macau, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Kata Eun-woo dalam kenyataan pertamanya sebagai duta, jejaka berusia 25 tahun ini amat teruja malah berbangga apabila dinamakan sebagai duta rantau Asia untuk Skechers.
“Mencari sepasang kasut yang sesuai untuk bentuk kaki kamu amat penting untuk memberikan keselesaan. Dengan rekaan bergaya dan menyelesakan, Skechers telah mengejutkan saya. Inilah ‘teman’ saya sekarang jika perlu ke luar untuk bersenam atau bekerja,” ulas Eun-woo.
Tambahnya lagi, minatnya untuk menari dan bersenam menjadikannya amat ‘cerewet’ dalam soal pemilihan kasut. Keselesaan tentulah tick box
pertama dalam senarainya, namun Eun-woo juga tidak meletakkan faktor estetika ke tepi.“Rekaan inovatif dan versatil daripada Skechers benar-benar mewakili gaya peribadi saya. Saya tidak sabar untuk kongsikan looks kegemaran saya daripada Skechers dan saya berharap, anda akan menggemarinya sebagaimana saya sukakannya,” katanya.
Dengan sejumlah besar peminat yang obses dengan gaya Cha Eun-woo dan rekaan bertepatan dengan trend semasa, jangan terkejut jika koleksi Skechers yang diperagakan oleh bintang Korea itu akan pantas habis terjual di butik nanti!
Antaranya model yang diperagakan Eun-woo termasuklah Skechers Hands Free Slipins™, Skechers Sport Court®, Skechers Foamies®, Skechers Workout Walker™ dan pakaian Skechers dari koleksi Lifestyle serta Performance.
Bagi musim awal 2023 ini, koleksi Skechers terkini memberi fokus kepada daya autentik diri si pemakai demi menggalakkan mereka merasa yakin dengan stail sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.