Charlie’s Angel Padat Dengan Aksi Mantap, Confirm Berbaloi Kalau Korang Tonton Di Pawagam

Share

Filem legend Charlie’s Angel yang yang terakhir ditayangkan kira-kira 16 tahun lalu dan sekali lagi filem aksi perisik wanita handal ini bakal menemui penonton dengan aksi yang lebih mantap gandingan lakonan dari pelakon hebat termasuklah Kristen Stewart, Naomi Scott, Ella Balinska, Elizabeth Banks, Sam Claflin dan Djimon Hounsou.

Para angels yang dulunya dibintangi oleh Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu kini digantikan oleh Kristen Stewart (Sabina), Naomi Scott (Elena) dan Ella Balinska (Jane). Diarahkan oleh Elizabeth Banks, Charlie’s Angel akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 November 2019.

Filem ini mengisahkan tentang tiga angels yang bergabung dalam Townsend Agency untuk menggendalikan satu kes berat. Dalam Charlie’s Angels 2019 kali ini mereka akan beraksi untuk melindungi dunia kerana adanya teknologi berbahaya.

Kehebatan aksi tiga wanita cantik itu harus diberi pujian kerana berjaya menghidupkan watak perisik yang licik dan bertenaga. Tidak hanya berbekalkan wajah jelita, nyata tiga pelakon wanita ini mampu memberikan sepenuh tenaga untuk tampil dalam filem bergenre aksi.


Jalan ceritanya sarat dengan aksi juga membuatkan penonton tidak sempat untuk berasa bosan atau mengantuk. Mana tidaknya, belum pun 10 minit filem ini bermula, sudah ada babak berlawan.

Plot filem ini tersusun cantik dan straight forward, jadi korang tak perlulah nak berkerut dahi memikirkan apa sebenarnya yang terjadi.

Cuma..

Kami suka bila ada babak ‘twist’ yang diselitkan dalam filem ini. Rasa macam puas hati la bila tengok ending movie ni. Hiks!

Nah, tak syok la kalau kami nak cerita panjang. Korang kena tonton sendiri filem ini di pawagam nanti. Confirm berbaloi! Serius, tak tipu.

Published by
Noor Ain Norman