Berita

Che Ta Sifatkan Ayu Raudhah & Zaquan Adha Bertuah -“Empat Anak Syurga Menanti Di Sana”

Share

Aktres dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan menyifatkan adiknya yang juga pelakon, Ayu Raudhah, dan suaminya, Zaquan Adha, adalah ibu bapa yang bertuah kerana dikurniakan anak-anak syurga.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rozita, yang mesra disapa Che Ta, berkata dia memahami kesedihan yang dilalui oleh adiknya setelah kehilangan putera bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Raudhah, Zaquan Adha Selamat Timang Cahaya Mata Ketujuh. Tahniah!

Rozita turut menyifatkan keyakinannya bahawa kegembiraan akan menanti pasangan tersebut di akhirat kelak.

“Mummy dan daddy sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini, pinjaman penuh kenikmatan.

“Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Anak Dihina & Pakaian Disamakan Seperti Pelacur, Che Ta Buat Laporan Polis

“Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, insya-Allah,” katanya.

Dalam masa yang sama, Che Ta sempat mengenang momen bersama anak saudaranya itu.

“Dalam galeri telefon mak ngah ini banyak sangat gambar Raees.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaisyah Minta Che Ta Kejutkan Untuk Solat Tahajud Raih Perhatian -“4.30 Pagi Nak Bangun… Nanti Mummy Sembur Air Dekat Aaisyah”

“Setiap hujung minggu, kalau Raees tak datang, mak ngah yang akan ke Seremban. Baby yang sangat baik, terlalu baik dan luar biasa,” ujar Rozita.

Semalam, Che Ta juga berkongsi perasaan sebak apabila dapat tidur bersama anak saudaranya buat kali terakhir.

“Selamat jalan anak syurga, damailah kamu di sana sayangku,” kata Rozita.

Sebelum ini, suami Ayu, Zaquan Adha, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan, mengumumkan pemergian anak bongsu mereka yang berusia enam bulan melalui Instagram Story.

Zaquan memaklumkan bahawa Ayu menghubungi ambulans setelah bayi mereka tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk makluman, Ayu melahirkan anak ketujuhnya pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

 

Published by
Fath