Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kini sudah memasuki hari yang ketiga. REMAJA yakin ramai antara korang pembaca setia kami yang sedang berjuang dan bertungkus-lumus memberikan yang terbaik demi masa depan masing-masing.
Kepada yang menduduki SPM tahun ini, good luck REMAJA ucapkan!
BACA: 8 Tips Nak Lulus Cemerlang SPM
Di kesempatan ini, REMAJA sempat menemubual beberapa orang finalis DEWI REMAJA 2018/19 untuk mendapatkan reaksi daripada mereka tentang SPM tahun ini.
Ikuti video di bawah untuk mendengar sendiri ucapan istimewa mereka dan juga perkongsian keputusan SPM mereka dahulu.
Tidak Perlu Dibuat-Buat, Journal Sara-haeyo Ibarat Skrip Kehidupan Arena Iman Jadi Realiti
Isi Kandungan
ToggleBergelar anak sulung kepada komposer popular tanah air, Iman Wan bukanlah tiket ekspres untuk Arena Wan Mun Yi mengejar populariti dalam industri seni hiburan.
Bakat Arena, 24 pada awalnya dicungkil menerusi penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2018/19. Biarpun tidak berpeluang untuk melangkah ke pusingan akhir bersama 5 peserta lain, Arena membuktikan dia punyai sokongan orang ramai bagi mengejar impian sebagai anak seni apabila dinobatkan sebagai Dewi Favourite hasil undian peminat.
Lima tahun menerokai bidang ini, Arena mengakui ada naik surutnya sebagai pendatang baharu. Kehadiran ramai selebriti muda lain dalam dunia digital sedikit sebanyak memberikan cabaran buatnya untuk menyerlah.
Bukannya Arena tidak berbekalkan penglibatan dalam drama-drama tempatan termasuklah untuk SMK Musim 2 (2020), Hati Yang Dikhianati (2021), She Was Pretty Malaysia (2022) dan Kau vs Aku (2022). Cuma rezeki untuk menjadi pilihan pertama pengarah bagi watak utama belum jatuh ke riba..
..sehinggalah munculnya naskah Journal Sara-haeyo pada tahun ini!
Hello Sara!
Menemui Arena dalam sidang media Journal Sara-haeyo yang dibawakan oleh VIU Malaysia, sukar buatnya berselindung di sebalik rasa teruja di atas peluang yang diperolehinya ini.
“Apabila saya terima panggilan untuk menjadi sebahagian daripada projek Journal Sara-haeyo, saya memang dapatkan rasakan keterujaan berganda. Bukan sahaja saya menjadi pilihan utama untuk memegang watak Sara, saya juga menerima panggilan tawaran oleh Blimey sendiri!
“Selama ini, saya hanya meminati Jade dan Dasoul dari jauh dan menonton mereka di YouTube seperti orang lain. Kini, saya sudahpun bekerjasama dengan mereka.
“Rasa gementar itu tentulah ada kerana untuk kali pertama, saya bergelar pelakon utama dan ‘membawa’ jalan cerita Journal Sara-haeyo. Tetapi, sebahagian besar daripada diri saya merasa yakin. Drama ini seakan ditulis untuk saya kerana saya juga adalah peminat K-pop dan K-drama tegar,” katanya.
Tidak Dibuat-Buat
Arena sendiri merasakan personalitinya 90 peratus menyamai watak Sara yang dilakonkannya. Sara digambarkan sebagai pelajar tahun akhir universiti yang menulis sebuah jurnal khas tentang impiannya untuk ke Korea Selatan dan mencari jodoh ‘Oppa’-nya satu hari nanti.
Sara kemudian mendapat peluang ke Korea Selatan apabila dia dan rakan sekelas perlu merancang lawatan universiti ke sana. Begitupun, perancangannya tidak berlangsung dengan mudah apabila Sara dibuli di ruangan digital dan secara face to face kerana minatnya terhadap K-pop dan K-drama.
Menariknya, pengalaman Arena ke Korea Selatan untuk penggambaran Journal Sara-haeyo juga adalah pengalaman pertamanya ke negara tersebut.
“Kali pertama ke Korea, kali pertama ke luar negara, kali pertama buat pasport! (Ketawa) Sama seperti watak Sara. Oleh itu, saya rasakan reaksi dan lakonan saya dalam drama ini adalah reaksi sebenar saya. Ada momen yang tidak dibuat-buat,” ujarnya lagi.
Percaya Pada Rezeki
Arena turut berkongsi perasaannya merakamkan lagu tema berjudul In My Head bagi siri tersebut yang disifatkan sebagai impian yang bertukar kenyataan.
Karya cipta sepenuhnya oleh MFMF itu dianggapnya sebagai hadiah kepada kesabarannya yang tidak berputus asa menempatkan diri dalam dunia lakonan dan nyanyian.
“Saya percaya kepada rezeki. Tahun lalu, emosi saya pernah sedikit terganggu dengan beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan peribadi. Bukan itu sahaja, industri seni tempatan juga amat kompetitif dan agar sukar untuk bakat baharu seperti saya mendapat peluang sebesar ini.
“Peluang menyanyikan OST Journal Sara-haeyo ini juga adalah pengalaman nyanyian pertama saya. Oleh itu, saya bersyukur apabila rezeki berpihak kepada diri saya pula pada tahun 2023,” simpulnya.
Journal Sara-haeyo sudahpun memasuki tayangan episod kedua di platform VIU dan turut dibintangi oleh Aniq Suhair, Alvin Chong, Adriana Adnan, Alisya Rashid, Andi Bernadee dan ramai lagi.
FOTO: VIU Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Orang Sekarang Boleh Terima Body Hourglass” – Sherin Amiri Ingin Ubah Stereotaip Gadis ‘Perfect’
Tinggal 3 hari saja lagi sebelum rancangan Dewi Remaja 2018/2019 akan ke udara, dan kami tak sabar untuk menantikan apakah yang akan menemui penonton!
Tentunya, salah satu perkara yang paling dinanti-nantikan adalah bagaimana cara Top 12 finalis Dewi Remaja pada kali ini terpilih daripada beratus-ratus remaja yang hadir.
Penulis sendiri merasakan pemilihan finalis pada kali ini mewakili remaja perempuan yang ada di Malaysia. Bukan hanya yang berkulit cerah dipilih, bukan hanya yang kurus dan tinggi lampai layak sebagai finalis.
Salah seorang peserta yang berjaya menolak segala stereotaip ‘gadis perfect’ ini ialah Sherin Amiri. Bijak, cantik dan mempunyai kekuatan minda serta fizikal, Sherin merupakan pramugari bagi salah satu syarikat penerbangan antarabangsa sebelum menyertai Dewi Remaja.
“Saya lihat, stereotaip dunia terhadap rupa paras perempuan sudah banyak berubah. Dulu, hanya perempuan kurus dan tinggi lampai yang dijadikan sebagai role model atau ikon. Namun sekarang, ramai perempuan yang mempunyai bentuk badan curvaceous turut menerima peluang untuk maju ke depan.
“Saya sendiri dahulunya kurus. Cuma apabila memasuki usia 20-an, saya perasan fizikal badan saya mengalami perubahan seiring dengan usia. Yes, pada mulanya saya cuba untuk mengamalkan diet kerana tak biasa dengan bentuk badan sebegini.
“Tetapi apabila dah kurus, saya rasakan badan saya tak cantik. Since then, saya menjadi lebih yakin dengan bentuk curvaceous ini,” kata remaja berusia 23 tahun ini.
Bentuk badan jenis hourglass seperti Sherin kini menjadi dambaan perempuan seluruh dunia. Kalau tak, tak adalah followers selebriti seperti Kylie Jenner, Rihanna, Lana Condor (To All The Boys I’ve Loved Before) dan Ariel Winter meningkat naik.
“Cuma apabila seorang perempuan telah mencapai bentuk badan curvaceous, korang tak boleh berhenti di situ. Workout dan diet amat penting bagi menjaga bentuk badan.
“Sherin sendiri gemar ke gym setiap hari (jika ada masa). Sherin lakukan cardio circuit di atas treadmill selama 15-20 minit. Kemudian, mungkin rutin seperti angkat berat dan squat untuk jadikan badan lebih fit.
Apabila penulis melihat stail fesyen Sherin pula, dia selalu kelihatan cantik dan selesa dengan apa-apa jenis pakaian. Like, what is your tips girl!
“Itulah kelebihan bentuk hourglass, Sherin mudah memakai apa jua pakaian. Cuma tipnya, korang kena aware dengan potongan baju. Kalau skirt, pastikan ia di bawah lutut. Sneakers pula Sherin elakkan kerana kaki boleh kelihatan pendek.
“Heels sebaiknya berpotongan open toe, supaya ada ilusi kaki panjang. Perkara kecil je semua ni,” katanya yang sukakan sukan Muai Thai dan Kick Boxing.
Seperti penulis, Sherin juga tak sabar menantikan episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada Ahad ini. “Pada waktu ujibakat, Sherin nervous juga kerana perlu berhadapan dengan juri profesional seperti Pak Nil.
“Tetapi Sherin yakinkan juga diri kerana tujuan Sherin di sini bukanlah untuk glamor je. Sherin di sini untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman sehinggalah ke peringkat akhir, insyaAllah.”
Lulus Ujian Mengaji, Finalis Dewi Remaja 2019 Sertai Rancangan Puteri Muslimah Asia Di Indonesia
Dua tahun lepas, wakil dari negara kita Uyaina Arshad telah menjadi juara bagi pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang julung kali dianjurkan oleh stesen TV Indosiar, Jakarta.
Untuk pengetahuan korang, Puteri Muslimah Asia adalah pertandingan kecantikan wanita Muslim pertama di Asia yang membariskan finalis dari negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, Filipina dan beberapa buah negara lagi.
Untuk edisi tahun ini, pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2019, Syamira Izzati telah pun dipilih menjadi wakil bagi Puteri Muslimah Asia 2020.
“Alhamdulillah sebenarnya saya pun tidak sangka akan terpilih menjadi finalis. Sebelum ini, ramai yang tag saya di Instagram untuk memberitahu tentang sesi uji bakat yang telah dianjurkan oleh Pak Ngah Production. Pihak mereka juga ada menghubungi saya untuk datang ke audition tersebut, dan tak salah jika saya cuba kan?”
“Apa yang berbezanya, uji bakat ini tidak seperti sesi casting Dewi Remaja yang saya pergi sebelum ini. Ia dijalankan lebih santai dan beberapa kru dari stesen TV Indosiar telah datang untuk merakamkan footage peserta dan bertanyakan soalan-soalan seperti latarbelakang diri. Cuma, kami turut diuji untuk mengaji. Mereka memang menetapkan syarat untuk finalis yang boleh pandai mengaji sahaja,” jelas Syamira.
Bakal berangkat ke Jakarta pada akhir Julai nanti, Syamira memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya disana.
“Kalau kita masuk mana-mana pertandingan, sudah tentu kita mahu lakukan yang terbaik. Selain itu, saya juga ingin menimba ilmu dan pengalaman di tempat orang. Seramai 28 peserta dari 9 negara akan berentap dalam program ini, sudah tentu banyak perkara yang boleh saya pelajari sepanjang menjalani pencarian tersebut,”
Syamira yang juga merupakan seorang hos di sebuah rancangan siaran televisyen RTM dan dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar bersyukur kerana perjalanannya di dalam program tersebut mendapat sokongan daripada pihak produksi dan pensyarah universiti.
“Alhamdulillah saya menerima sokongan daripada pihak produksi yang akan menyambung penggambaran sebaik selesai sahaja urusan saya di Jakarta nanti. Untuk jadual kelas pula, saya telah minta izin pensyarah untuk mengambil cuti dan mereka juga turut memahami serta mengizinkan saya untuk tidak hadir ke kelas,” jawab Syamira lagi.