Ingatkan makanan barat, “Chicken Chop” rupanya asal Malaysia je lah!
Kalau korang selalu lepak kat gerai-gerai kat Malaysia atau Singapura, mesti korang perasan ada gerai yang jual ‘Makanan Western’.Antara menu legend dalam kategori ‘Makanan Western’ memang tak sah kalau tak ada ‘chicken chop’.
Tapi korang percaya tak, walaupun kita gila ‘western food’ ni, kat Barat sana menu hidangan ini agak rare dan susah dicari.
Seorang lelaki ‘mat salleh’ menyedarkan rakyat Malaysia bahawa hidangan popular dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu Chicken chop bukan datang dari Barat. TikToker Inggeris yang dikenali sebagai Greg Larcombe ini juga mendedahkan bahawa hidangan terkenal iaitu ini sebaliknya ia adalah ciptaan Malaysia.
Pada awalnya, Greg membuat satu video di Tiktok mengenai makanan Malaysia vs United Kingdom (UK) yang menjadi pilihannya. Amy yang dipercayai pasangannya bertanya kepada Greg antara Shepperd Pie (UK) dan Chicken Chop (Malaysia) yang mana satukah menjadi pilihan.
Pertanyaan tersebut menimbulkan kehairanan mengapa ‘Chicken Chop’ dikatakan sebagai makanan dari Malaysia sedangkan ramai rakyat di negara ini menganggap ia adalah makanan dari negara barat.
Susulan itu, Greg membuat satu lagi video untuk memberi penerangan mengenai menu terkenal itu.
“Sesuatu yang saya baru belajar bahawa ramai masyarakat Malaysia tidak menyedari bahawa Chicken Chop bukan berasal dari makanan Western sebaliknya ia datang dari negara ini iaitu Malaysia.
“Pasti anda berfikir ia makanan western hanya kerana ia kelihatan seperti itu. Malah anda juga sering melihatnya berada di dalam menu makanan western di Malaysia, tetapi sebenarnya tidak kerana hidangan itu dicipta di negara ini.
“Pada abad ke-19 ramai masyarakat China telah berpindah ke Malaysia khususnya mereka yang berbangsa ‘Hainanese’ dari selatan China dan kebanyakan mereka bekerja di rumah atau kem tentera British sebagai tukang masak dan sebagainya,” ujarnya.
Katanya antara makanan yang dicipta oleh Hainanese pada ketika itu adalah Chicken Chop malah ia turut mempunyai sos tersendiri namun ia bukan makanan yang berasal dari barat.
@greggetseverywhere Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia ♬ original sound – Greg Larcombe
Rasa seperti di’scam’ ke tidak, chicken chop sebenarnya juadah ciptaan warga tempatan je.hehehe
BACA LAGI : Warisi Kecantikan Ibu, Anak Gadis Kajol Dan Ajay Devgan Semakin Matang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: TikTok