‘Child Friendly’, Masjid Ini Wujud Ruang Khas Kanak-Kanak. Ibu Bapa Pun Tenang Solat Tarawih

Share

Bulan Ramadan pastinya bulan di mana seluruh umat Islam ‘berebut-rebut’ untuk mengejar pahala yang berlipat kali ganda ganjarannya dengan memperbanyak amal ibadah.

Selain itu, Ramadan juga adalah bulan di mana mempunyai satu-satunya ibadah sunat Tarawih bagi muslimin seluruh dunia bagi memperbanyak amalan dan mengimarahkan masjid mahupun surau.

Namun begitu, gelagat anak kecil yang aktif menyebabkan golongan ibu bapa mengalami sedikit kesukaran untuk fokus dalam melakukan ibadah solat tarawih di rumah Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Love Yourself’, Ini 7 Pesanan ‘Mahal’ Dr. Fadzilah Kamsah

Oleh itu, salah sebuah masjid yang terletak di negeri serambi Mekah, Kelantan, menyediakan satu inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Diberi nama ‘Ramadan Kid’s Corner’, Masjid Saidina Osman (MSO) menyediakan sebuah lokasi khas dalam masjid berkenaan di mana mereka akan menjaga kanak-kanak yang ditinggalkan sementara para ibu bapa melakukan ibadah solat sunat tarawih.

Tidak hanya sekadar menjaga dan ‘duduk diam’ sahaja, pelbagai aktiviti telah tersedia buat kanak-kanak yang hadir di situ seperti bermain alatan permainan, pertandingan mewarna dan sebagainya.

“Ada anak ramai, payah nak tarawih? Jom sembahyang di MSO. Kita buat Ramadan Kid’s Corner. Jangan runsing, kita sediakan pelbagai program buat anak-anak yang tidak bosan,” coretnya menerusi sebuah hantaran di Tiktok.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet menzahirkan kata pujian atas  inisiatif pihak pengurusan masjid berkenaan dalam usaha membantu golongan ibu bapa untuk kekal fokus dalam mengerjakan ibadah di bulan yang mulia ini.

“MSO memey (memang) terbaik. Tahniah kepada imam-man dan pihak pengurusan yang selalu upgrade MSO ke level yang lain,” komen seorang jemaah.

“Terbaik program seperti ini, patut semua masjid kena buat kan,” komen pengguna lain.

“Alhamdulillah, tahniah team MSO. Anak saya suka join dan ibu bapa pun boleh sembahyang walaupun ada anak kecil,” komen lagi jemaah yang lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Tiktok MSO

Published by
Fath