Mangsa COVID-19 kian meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia. Hampir 967,000 orang terkorban sejak virus ini mulai dikesan di Wuhan, China hujung tahun lalu manakala jumlah jangkitan telah melebihi 31 juta kes.
Wow…betul-betul pandemik maut ni!
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Kementerian kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.
Terbaru, negara-negara kuasa besar yang mempunyai kes jangkitan tinggi seperti China dan Amerika Syarikat kini sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin dalam usaha untuk muncul sebagai ‘hero’ pertama kepada seluruh dunia.
Ads
Seperti yang kita lihat pada minggu lalu, China mengumumkan vaksin ciptaan mereka yang dijangka boleh dipasarkan seawal November nanti.
Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat tak mahu kalah apabila Presidennya, Donald Trump mendakwa vaksin ciptaan negaranya mungkin akan siap dalam sebulan lagi, lebih awal berbanding jangkaannya sebelum ini.
Ads
Rakyat di seluruh dunia terutamanyanya rakyat Malaysia mengharapkan ada vaksin yang benar-benar boleh mengakhiri penularan virus COVID-19 dan ia dapat tiba di negara kita secepat yang mungkin.
Ads
Untuk pengetahuan, Malaysia kini adalah antara 172 negara yang mendaftar dan menandatangani pelan peruntukan vaksin COVID-19 Vaccine Global Access (Covax).
Dengan adanya perjanjian ini, ia akan memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin yang mencukupi dan pada kadar segera dengan harga yang berpatutan apabila vaksin itu terbukti selamat serta berkesan.
Ish…benda-benda ni macam ini tak perlu kot nak propa kan, apa-apa pun harapnya cepatla vaksin ditemui penulis tak sabar nak pergi travel luar negara. Hiks
Korang semua jangan lupa teruskan norma hidup baru korang tu, stay safe guys.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menganggap COVID-19 satu jenaka dan hal yang diada-adakan untuk menakutkan masyarakat, satu keluarga yang mengadakan reunion selepas meraikan kelahiran sambutan menyambut cucu baru akhirnya menerima padah.
14 ahli keluarga ini dijangkiti virus corona dan seorang telah meninggal selepas mengadakan majlis pertemuan ini. Malah kesemuanya langsung tidak mengenakan topeng muka atau duduk berjarak ketika majlis itu.
Dalam kejadian di Texas, Amerika Syarikat itu, Tony Green, 43 dari Dallas dan keluarganya mengadakan majlis pada 13 Jun 2020.
Perayaan ini dihadiri seluruh ahli keluarganya termasuk ayah mentuanya, Rafael Ceja, nenek serta saudara perempuan bersama pasangan masing-masing.
Anggap COVID-19 Jenaka
Jelas Green, dia sebelum ini yakin corona virus ini adalah satu jenaka semata-mata. Tidak lama selepas pertemuan yang diadakan, nenek kepada bayi berkenaan mula jatuh sakit.
Dia kemudiannya disahkan positif COVID-19 dan meninggal dunia.
Mengaku sangat menyesal
Terperanjat dengan keputusan yang berlaku kepada nenek mereka, Green kemudian mengumumkan kes dijangkiti kepada seluruh ahli keluarga yang hadir ke majlis tersebut.
“Bayangkan hanya kerana menganggap corona ini sesuatu yang tidak serius, ia mengakibatkan penderitaan bukan saja kepada kami semua tetapi juga tuan rumah yang memberi kebenaran majlis diadakan,” kata Green.
Dalam pada itu, Green kemudian mendesak orang lain mengambil serius isu corona. Bukan main-main seperti apa yang mereka fikirkan sebelum ini.
“Anda tidak dapat bayangkan penyesalan di hati saya. Sebelum ini saya selalu menyangkal mengenai virus ini, memperlekehkanya malah mengejek-ejek individu yang mengenakan pelitup muka dan menjaga jarak sosial,” katanya yang benar-benar menyesal.
Bukan itu saja, dia turut menyakinkan kesemua ahli keluarganya bahawa tiada apa yang akan berlaku walau mereka mengadakan majlis ini.
Penyokong kuat Trump
Ternyata, Green adalah penyokong kuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Malah gesaan dari pemimpin itu yang tidak menggalakan penggunan topeng muka (pada awal corona menyerang Amerika Syarikat) dan Trump akhirnya mengenakan juga topeng muka selepas ratusan ribu mati di negara Uncle Sam itu.
Dia mengaku telah terperangkap dengan konspirasi COVID-19 dan antara individu yang radikal menentang corona virus.
Namun apabila terkena dan seorang ahli keluarganya mati dan 14 lain dijangkiti, Green akhirnya benar-benar yakin bahawa virus corona ini wujud.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ya Allah sebaknya. Di saat kita berada dalam keadaan selesa menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman malah ada yang sampai dibuang ke tong sampah akibat tak habis dimakan, saudara seagama kita di Yaman diuji dengan kebuluran.
Pandanglah wajah-wajah kecil yang hanya tinggal rangka ini. Semuanya mengharapkan ada sesuap dua roti dapat mengalas perut mereka. Melihat kepada gambar-gambar ini jelas tertera kanak-kanak ini kekurangan zat makanan membolehkan mereka membesar dengan sempurna. Ya mereka saudara seagama kita dan andai ada lebihan rezeki, bolehlah disalurkan buat mereka di Yaman.
Memetik kenyataan di fb Yemen Kasih Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk membantu saudara segama kita di sana, negara Yaman diancam peperangan sejak 5 tahun lalu. Setiap 10 minit akan ada kanak-kanak yang mati akibat kelaparan. Lebih dari 2 juta rakyat hidup di dalam kem pelarian dan sebahagian daripada mereka tidak meninggalkan tempat tinggal mereka kerana menunggu mati atau terbunuh disebabkan api peperangan atau kebuluran. Mereka tidak mempunyai pilihan untuk melarikan diri dari kawasan perang di Yaman ke kawasan lain yang aman.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memaklumkan lebih dari 6,700 kanak-kanak telah terbunuh atau alami kecederaan teruk. Lebih kurang 1.5 juta lagi, kanak-kanak menjadi pelarian dan tiada tempat tinggal sempurna.
Paling menyedihkan, lebih lebih 7 juta kanak-kanak kekal tidur setiap malam dalam keadaan berlapar. Setiap hari, 400 ribu kanak-kanak berhadapan bahaya kekurangan nutrisi teruk serta berhadapan dengan kematian pada bila-bila masa.
Keseluruhannya, 7.5 juta kanak-kanak Yaman memerlukan pertolongan.
Sesungguhnya mereka bukanlah sekadar angka, mereka adalah kanak-kanak seperti anak-anak kita juga. Mereka telah membayar harga peperangan.
Bukan sekadar kanak-kanak sahaja tetapi sekitar 250,000 penduduk Yaman telah terbunuh akibat peperangan, kelaparan dan mengidap penyakit kolera sejak tahun 2015. Keadaan ini menjadi semakin teruk apabila ditimpa oleh penularan wabak corona yang mengakibatkan ratusan penduduk terbunuh dalam tempoh beberapa hari.
Bagi kita yang dalam kemampuan untuk membantu, boleh salurkan sumbangan melalui link ini. https://yemenkasih.org/donation.php. Atau bank in duit ke Pertubuhan Yaman Kasih Maybank Islamic 562106687201.
Moga saudara seagama kita ini menerima hak sepatutnya dinikmati, sama seperti orang lain juga. Sumber gambar : Yemen Kasih Malaysia / @liesminelli
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sikap tolong-menolong serta membantu orang dalam kesusahan telah menjadikan seorang remaja Malaysia berusia 13 tahun menyentuh perasaan netizen. Kisahnya membantu seorang warganegara Filipina kini menjadi tular kerana sikap positifnya dalam usia yang muda.
Kejadian yang berlaku baru-baru ini dikongsikan sendiri oleh orang yang dibantu remaja tersebut iaitu Ady Sacol, seorang pengurus operasi IBEX Global Philippines yang menaiki pesawat sama dengan remaja tersebut dikenalinya dengan nama Sean. Mereka berdua bertemu di Phuket International Airport dan berkongsi penerbangan sama dari Phuket ke Kuala Lumpur.
Menurutnya lagi, Sean merupakan antara pemain yang mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan bola keranjang namun terpaksa pulang awal kerana datuknya telah meninggal dunia.
“Semasa berada di boarding gate, Sean duduk di sebelah saya. Dan saya rasa dia perasan dengan kecederaan kaki saya sebab saya duduk di atas kerusi roda (selain balutan dan kesan bengkak di kaki dan lutut). Dia kemudian bertanya saya sama ada adakah saya lapar dan apa jenis makanan yang saya mahu? Saya ambil beg duit untuk memberinya wang tetapi Sean menolaknya dan berkata dia ingin membayar makanan itu.”
Reaksi Sean yang baru sahaja dikenalinya itu cukup mengejutkan Ady.
Malah ketika diberitahu mereka perlu bertukar boarding gate, Sean tidak meninggalkanya. Remaja berjiwa besar itu turut membawa beg galas Ady Sacol seberat lebih 15 kilogram dari Gate 4 sehingga ke Gate 14 yang mengambil masa selama 15 minit berjalan kaki.
Sean juga menemaninya ketika dia dibawa menaiki kenderaan khas (yang biasa disediakan untuk orang kelainan upaya & mengalami kecederaan) untuk menaiki pesawat.
Dan apabila tiba di KLIA2, Sean sekali lagi membantunya. Oleh kerana tidak terdapat kerusi roda boleh digunakan ketika itu, Sean membantunya berjalan hinggalah kenderaan buggy airport tiba.
Namun buggyairport hanya boleh membawanya ke tingkat 3 dan dia harus menggunakan lif untuk turun. Namun nasibnya kurang bernasib baik kerana di tingkat dua tidak terdapat kerusi roda dan juga buggy. Sean kemudian mengambil kart dan menyuruhnya duduk. Dia menolak kart tersebut hingga ke kawasan kaunter imigresen.
Dan di sinilah mereka terpaksa mengambil haluan berbeza kerana pemegang pasport Malaysia dan rakyat asing perlu melalui laluan berbeza.
“Saya mengucapkan terima kasih dan sangat terhutang budi dengan pertolongannya. Selepas itu saya saya uruskan dokumen perjalanan di kaunter imigresen. Dan bila menuju ke pintu keluar saya terkejut kerana Sean sedang menunggu saya. Dia kemudian membawa minuman jus, membantu membawa turun bagasi dari karousel dan sekali lagi menolak saya di atas kart hingga ke bahagian luar”.
Pertemuan mereka berakhir selepas kenderaan yang membawa pulang Sean tiba. Ady Sacol sempat memberikan cenderamata berupa sekeping mata wang Filpina. “Duit itu tidak membawa sebarang nilai tetapi mesej yang saya tulis untuknya lebih bererti dansangat berharga. Ia merupakan cenderamata saya untuk Sean sebagai peringatan kenangan singkat kami bersama”.
“I will always remember you for the rest of my Life” – Ady Sacol.
Sehingga kini posting tersebut di Facebook telah dikongsi lebih 2100 dan lebih 4500 likes. Pada awalnya Ady Sacol turut berkongsi foto Sean tetapi atas sebab privasi dan keselamatan dia telah memadamkannya.
Tahniah Remaja ucapkan buat Sean yang telah menjadi contoh dan tauladan yang baik. Pada usia 13 tahun, Sean telah menunjukkan sikap prihatin dan bersedia membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Semoga pembaca Remaja semua dapat mengambil pengajaran dan mencontohi Sean!
Perkongsian asal dari Ady Sacol;
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...