Walau pernah mencatat sudah bebas dari pandemic COVID-19 sebelum ini, nampaknya China sekali lagi teruji apabila ada rakyatnya disahkan positif COVID-19. Walau angka jangkitan nampak kecil iaitu dua orang tetapi keduanya telah mendatangi pasar borong terbesar di ibu kota tersebut iaitu di Beijing.
Laporan Astro Awani, pihak berkuasa Beijing menutup sementara pasar pertanian borong utamanya di bandar itu susulan peningkatan jumlah jangkitan kes COVID-19 sejak dua hari lalu.
Pasar Xinfadi mula ditutup bermula jam 3 pagi Sabtu selepas dua lelaki yang bekerja dengan Pusat Penyelidikan Daging telah disahkan positif COVID-19 dan telah mengunjungi pasar berkenaan pada Jumaat.
Ads
Bagaimanapun, tiada laporan jelas menunjukkan bagaimana dua lelaki berkenaan mendapat jangkitan virus berkenaan.
Ads
Ketika ini, China mula bimbang dengan kemungkinan berlaku gelombang kedua COVID-19 dalam keadaan banyak negara lain mula menunjukkan penurunan kes.
Beijing turut bertindak menghentikan perdagangan daging lembu dan daging kambing di pasar Xinfadi selain penutupan pasar borong lain di sekitar bandar itu.
Ads
Media tempatan turut melaporkan kebanyakan peniaga di pasar besar di Beijing mengeluarkan ikan Salmon dari rak jualan mereka apabila papan cincang yang digunakan didakwa tercemar dengan COVID-19.
Susulan itu, kira-kira 10,000 individu di pasar berkenaan dilaporkan akan menjalani ujian COVID-19. Malah, cadangan membuka semula sekolah untuk kelas satu hingga tiga turut ditangguhkan susulan perkembangan itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak boleh di sangkal lagi kalau Lisa BLACKPINK adalah bintang K-Pop yang paling popular ketika ini. Bahkan idol berusia 23 tahun ini menjadi artis K-Pop dengan followers paling banyak di Instagram. Cayalah Lisa!
Selain menjadi idola K-Pop, Lisa juga merupakan model pelbagai produk, dari brand fashion sampai la ke kereta. Bukan cuma di Korea saja, Lisa juga menjadi bintang iklan di negara asalnya, Thailand.
Berapa pula bayaran untuk Lisa ni?
Baru-baru ini, media Thailand, Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban bagi menghadiri acara atau ingin menjadikannya sebagai bintang iklan.
Bagaimanapun, sumber maklumat tersebut tidak didedahkan portal tersebut.
Berikut merupakan bayaran yang diterima oleh Lisa:
5 juta baht (RM671,000) untuk penampilan dua jam bagi satu acara
10 juta baht (RM1.34 juta) untuk penampilan dalam drama
15 juta baht (RM2 juta) untuk penampilan dalam filem
20 juta baht (RM2.7 juta) untuk pengiklanan produk
Terkejut tak tengok bayaran yang dikenakan oleh Lisa ni? Emm tapi tak hairan la kan bayaran dia sebanyak itu, orang popular didunia katakan. Hiks!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
10 Oktober telah pun dipilih sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia. Masalah seperti depresi, stres, perubahan emosi dan rasa gelisah menjadi antara masalah kesihatan utama di dunia.
Depresi merupakan penyakit yang paling bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal. Faktor masalah ini mungkin daripada gangguan otak, pengalaman hidup yang negatif atau sedang menanggung masalah besar dalam hidup. Ia juga boleh mendatangkan kesan lebih parah kepada pesakit, iaitu sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
Ramai dikalangan selebriti yang mengalami masalah depresi dan mengakhiri hidup mereka dengan jalan bunuh diri.
Berikut kami senaraikan beberapa selebriti yang pernah menggegarkan dunia dengan berita kematian mereka.
1. Robbin Williams
Pelakon komedi ini dikenali sebagai seorang yang periang dan tidak nampak seperti mempunyai sebarang masalah. Namun, rupanya dia pun menderita masalah psikologi setelah didiagnosis menghidap Parkinson.
Robbin tidak dapat menerima keadaannya dan berasa sangat tertekan sehingga memutuskan untuk membunuh diri.
2. U;Nee
Selebriti wanita Korea ini juga ditemui mati gantung diri dirumahnya pada tahun 2007 kerana mengalami depresi terhadap populariti yang dikecapinya.
Popular sangat pun susah kan? Bikin stress
3. Chester Bennington
Kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya juga pernah menggegarkan industri hiburan dunia.
Penyanyi yang pernah terbabit dengan masalah dadah dan alkohol ini ada memberitahu bahawa dia pernah ingin cuba membunuh diri kerana didera sewaktu masih kecil.
Masalah depresi yang dialaminya menjadikan dia nekad, lebih-lebih lagi selepas dua bulan kehilangan teman rapat, Chris Cornell yang juga dipercayai mati bunuh diri.
4. Kurt Cobain
Vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain juga antara selebriti Hollywood yang memilih untuk bunuh diri di usia 27 tahun akibat masalah depresi. Cara dia bunuh diri juga agak tragis dengan menembak dirinya sendiri di rumah pada tahun 1994.
5. Lucy Gordon
Aktres Lucy Gordon yang pernah membintangi filem Spiderman 3 ini juga tewas dengan pengakhiran hidup kerana gantung diri di sebuah apartmen di Paris. Punca kematian juga dikhabarkan kerana depresi.
6. Jonghyun
Kejadian yang baru berlaku semalam sangat mengejutkan dan ia merupakan satu kehilangan buat peminat muzik K-Pop.
Jonghyun yang dilaporkan mati bunuh diri sebelum itu ada meninggalkan mesej kepada kakaknya,
“Sudah terlalu berat segalanya bagi saya. Tolong biarkan saya pergi. Beritahu semua orang yang saya menghadapi masa yang sukar. Ini adalah ucapan selamat tinggal yang terakhir saya,” tulis mendiang.
Kes bunuh diri telah diklasifikasikan secara menyeluruh oleh pakar psikiatri dunia sebagai penyakit mental. Ramai netizen yang menyelar perbuatan ini, tapi korang tahu tak sebenarnya masalah depresi bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main?
The struggle is real guys. Bukan sebab tak jumpa doktor ke apa tapi cuma mereka tak boleh nak kawal depresi tu. Dah nama manusia, asal depress je mesti cakap gila.
Nah, jangan judge kehidupan orang lain kalau kita sendiri tak tahu apa yang mereka alami.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertama sekali REMAJA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Politeknik Malaysia dan pelajarnya yang telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selepas menggondol sejumlah 14 pingat di 23rd FIRA RoboWorld Cup 2018!
Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan wanita Politeknik Malaysia dilaporkan telah selamat pulang ke tanah air semalam.
Kejayaan meraih sebanyak 9 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa turut mencuri perhatian Menteri Pendidikan, Maszlee Malik. Beliau telah memuat naik ucapan tahniah menerusi Twitter-nya.
“Politeknik Malaysa sekali lagi mengharumkan nama negara dengan merangkul 14 medal di 23rd FIRA RoboWorld Cup 2018 di University of Feng Chia, Taiwan. Kemahiran dan pengetahuan kalian dalam teknologi robot begitu membanggakan. Tahniah semua dan saya doakan kalian terus berjaya”.
Ini bukanlah kali pertama pasukan Politeknik Malaysia meraih kejayaan seumpama ini. Pada kejohanan edisi 2016 yang berlangsung di Beijing, China pasukan negara berjaya merangkul sebanyak 18 pingat dengan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan empat pingat gangsa.
Wajah-wajah yang telah mengharumkan nama negara di WroldRobo Cup!
Manakala pencapaian pada tahun lalu yang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan, skuad negara membawa pulang sebanyak 4 pingat emas.
Kejayaan meraih 9 pingat emas pada edisi kali ini membuktikan peningkatan yang cukup ketara telah berjaya dipamerkan oleh mereka. Mereka yang layak digelar Wira dan Wirawati negara di kejohanan bolasepak robot ini merrupakan inspirasi buat golongan remaja dan muda yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan robotik.
Antara pingat emas yang diraih oleh Politeknik Malaysia di kejohanan terulung ini ialah menerusi kategori Hurocup Triple Jump, Androsot Soccer dan Robosot Soccer.
Untuk pengetahuan kamu, Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) telah mula menganjurkan pertandingan bolasepak robot dan beberapa jenis sukan robot yang lain bermula dengan edisi pertamanya pada tahun 1996.
Matlamat utama FIRA ialah untuk menggalakkan kajian dalam bidang robotik, penbelajaran mesin, visi komputer dan kecerdasan buatan (A.I) dengan menggunakan robot sebagai platform utama. Manakala matalamat kedua mereka pula menggalakkan pelajar dalam bidang teknologi kejuruteraan mencabar kreatviti serta menyediakan mereka dengan pelbagai cabaran sebelum melangkah ke dunia kerjaya.
Kepulangan mereka semalam disambut dengan cukup meriah.
Sekali lagi, setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Politeknik Malaysia di atas kejayaan ini. Semoga kejayaan luar biasa ini menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar dan juga golongan remaja yang mempunyai aspirasi serta cita-cita dalam bidang robotik.
Foto: Politeknik Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...