Boleh dikatakan apa saja yang dilakukan oleh anak perempuan kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B pasti menjadi bualan netizen.
Tambahan lagi, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen,15, Instafamous dan juga kini dilaporkan sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan.
Semalam, Cik B telah mencuri perhatian warganet apabila posting Oufit Of The Day (OOTD) dirinya dengan pakaian yang cukup hipster telah menarik perhatian ramai pihak.
Mana tidaknya, harga setiap pakaian dan juga aksesori yang digayakan itu dipercayai melebihi ratusan ribu ringgit!
Rata-rata warganet meninggalkan komen dengan berasa terkejut apabila mengetahui harga kesemua pakaian dan aksesori digayakan oleh remaja tersebut.
Ada yang sempat berseloroh mahu jadi kucing Cik B dan ada juga yang mengatakan bahawa harga keseluruhan OOTD pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu bersamaan dengan gaji tahunan mereka.
Wow…jangan kata netizen, penulis pun terngaga lihat detail harga setiap barang Cik B. Untung betul jadi anak jutawan kosmetik ni kan…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat tegar dunia sukan bola sepak, sudah tentu ada yang mengenali beberapa pemain bola sepak antarabangsa beragama Islam yang bermain untuk kelab terkenal di sekitar Eropah.
Antara kelab yang memiliki pemain bola beragama Islam termasuklah Sadio Mane dari pasukan Bayern Munich.
Siapa yang tidak kenal pemain bola sepak hebat berdarah Afrika ini. Selain rendah hati dan sederhana, Sadio Mane dikenali sbg seorang muslim yang taat.
Terbaru, bekas pemain sayap Liverpool itu dilihat menolak daripada memegang bir bagi menghormati agamanya sewaktu bergambar bersama rakan sepasukannya.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh ESPN FC di platform Twitter baru-baru ini, ia jelas memaparkan pemain dari Senegal itu langsung tidak memegang walau segelas bir.
As a devoted Muslim, Sadio Mane chose not to hold a beer in Bayern Munich’s traditional photoshoot 🍻 pic.twitter.com/PAnQqF9I4I
“Sebagai seorang Muslim yang taat, Sadio Mane memilih untuk tidak memegang bir sewaktu bergambar dalam acara tradisional Bayern Munich,” maklum ESPN FC di Twitter.
Walaupun dilhat berbeza berbanding rakan pasukannya yang lain, namun Mane berada di barisan paling hadapan pada hujung kanan gambar dengan berpakaian Lederhosen.
Perbuatan Mane itu mendapat reaksi positif dan pujian daripada peminat di media sosial kerana beliau masih berpegang teguh dengan ajaran agamanya.
Selain Mane, seorang lagi pemain Bayern yang berpindah dari Ajax, Noussair Mazraoui juga memilih untuk bergambar tanpa memegang gelas minuman keras tersebut.
Imbas kembali, Mane sebelum ini juga pernah bertindak sedemikian apabila beliau meminta rakannya, Takumi Minamino untuk meletakkan sebotol Champagne pada awal tahun ini.
Syabas Mane, penulis respect betul dengan cara pembawakan diri pemain bola sepak ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ekoran daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah daerah seluruh negara, pihak berkuasa akan melakukan beberapa sekatan jalan raya di lokasi yang terlibat dengan PKP 3.0.
Seperti biasa, individu yang ingin merentas daerah mahu pun negeri perlu mengemukakan surat kebenaran daripada pihak polis atau pun syarikat yang memerlukan pekerjanya bertugas sepanjang PKP. Berikut adalah senarai sekatan jalan raya sepanjang PKP 3.0 yang telah dikongsi oleh Ammar Penang Fa dalam grup Facebook Info Trafik Selangor.
IPD PETALING JAYA
• Tol Sungai Buloh (Keluar)
• Tol Kota Damansara (Keluar)
• Tol Damansara (Keluar)
• Tol Subang (Keluar)
IPD SHAH ALAM
• Plaza Tol Shah Alam (Masuk)
• Plaza Tol Shah Alam (Keluar)
• Plaza Tol Setia Alam (Masuk)
• Plaza Tol Setia Alam (Keluar)
IPD KLANG UTARA
• Plaza Tol Bukit Raja (Keluar)
• Hadapan Aeon Bukit Raja (Bandar Baru Klang)
• Batu 10, Jalan Kapar (Pekan Kapar)
• Plaza Hospital Sg Buloh (Masuk)
• Plaza Hospital Sg Buloh (Keluar)
• Plaza Tol Rawang (Masuk)
• Plaza Tol Rawang (Keluar)
• Jalan Selangor-Kepong KM12 (Depan Petron)
• Jalan Sg Buloh-Shah Alam (Subang Pemai-depan Shell)
IPD GOMBAK
• KM14 dari arah Rawang ke KL
• KM14 dari arah KL ke Rawang
• Plaza Tol Rawang kedua hala
• Plaza Tol Gombak dari dua arah
• SJR Jalan Utama Desa Aman Puri
IPD SERDANG
• LRT Bk 5-Bdr Kinrara
• Jalan Puchong-Klang Lama hadalan Telekom – Puchong
• Jalan Putra Permai hadapan Nahrim – Serdang
• Jalan utama Serdang Raya 8 hadapan Maybank – Seri Kembangan
IPD KAJANG
• Hadapan balai polis Beranang
• Jalan Broga-Mantin
• Plaza Tol Bandar Seri Putra (Keluar)
• Jalan Keluar Tol Eco Majestic
• Plaza Tol Bangi (Keluar)
• Lebuhraya BESRAYA (Minlon)
IPD SEPANG
• Nilai-Bandar BAru Salak Tinggi (Keluar/Masuk)
• Tol Serimas/Pekan Salak
• Jalan Salak-Kg. Jijan
IPD SABAK BERNAM
• KM74 Jalan Klang Teluk Intan
• Jalan Lama Kuala Selangor Sg Besar
• Jalan Besar KM113 Klang Teluk Intan (Jalan Bagan Nira)
IPD SUBANG JAYA
• Plaza Tol USJ 8 ELITE
• Plaza Tol Putra Heights
IPD AMPANG JAYA
• Jalan hadapan Desa 288 (Jalan Ampang masuk ke Ampang)
• Jalan Pandan Indah-Cheras Indah
• MRR2 dihadapan Petronas Klang Gates (laluan utama dari Gombak ke Ampang)
IPD KUALA LANGAT
• Tol Elite, Bandar Saujana Putra
• Jln BT 7 Sijangkang
• Tol SKVE
• Jalan Seri Cheding (hadapan tokong Cina)
• Hadapan Petronas Olak Lempit
IPD KUALA SELANGOR
• Plaza Tol Ijok (LATAR)
• Hadapan balai polis Tanjung Karang – dua hala
IPD KLIA
• SJR Jalan Labohan Dagang-Nilai (Masuk)
• SJR Jalan Nilai Labohan Dagang (Masuk)
• Jalan Kuarters KLIA-SIC
• Plaza Tol Tanjung Malim
• Plaza Tol Bukit Beruntung
• Plaza Tol Lembah Beringin
• Plaza Tol Bukit Tagar
• Km79 KL-Ipoh-Dusun Bay
• Checkpoint Gohtong Jaya
• Taman Selesa (Jalan Bukit Fraser-Raub)
• KM34 Jalan Ipoh-KL-Serendah
• Plaza Tol Sungai Buaya
IPD KLANG SELATAN
• Susur Majlis Pembandaran Klang (MPK)
• Tol KESAS
• Jalan Langat
• Kampung Delek
• Jalan Dato Ahmad Sidin
So guys, jika tidak ada urusan penting, eloklah sekiranya korang tidak keluar rumah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Hiks!
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok, pasti banyak juadah enak yang akan terhidang untuk korang seisi keluarga kan?
Maklumlah, ramai di antara kita yang tak berkesempatan pulang beraya semasa perayaan Aidilfitri kerana langkah berjaga-jaga disebabkan merebaknya wabak Covid-19.
So hari ini, REMAJA ingin kongsikan resepi bahulu mudah hasil perkongsian Puan Azirah Mukhtar untuk korang cuba pada hujung minggu panjang ini.
Bahulu merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat popular khususnya pada musim perayaan. Malah, ia juga sering dijadikan santapan minum petang seisi keluarga di rumah.
Kalau nak diikutkan, prosedur tradisional pembuatan bahulu agak rumit kerana perlu dibakar menggunakan oven.
Zaman sudah berubah dan kita guna je apa yang ada di rumah. Yang penting, prosesnya cepat, mudah dan sedap!
BAHAN-BAHAN
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu ia terlalu manis)
-3 biji telur
CARA-CARA
1. Blend telur dan gula sampai gebu. Kemudian, barulah masukkan tepung.
2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak dan masukkan adunan tadi.
3. Bahan-bahan di atas dapat menyiapkan sekitar 12 biji bahulu.
Mudahkan! Selamat mencuba gaiss..
Bagi yang teringin untuk mencuba resepi yang lebih ‘heavy’ seperti Asam Pedas, haa ini caranya.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (33) sekali lagi mencuri perhatian warga internet selepas dilaporkan menyumbang keseluruhan bayaran RM100,000 yang...