
Personaliti media sosial, Cik B, tampil berkongsi perancangannya untuk menyambung pengajian selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Namun, lokasi pengajian serta bidang yang akan diambil oleh anak perempuan kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ini masih lagi menjadi satu ‘kejutan’.
BACA LAGI: Cik B Selesa Berkawan Dengan ‘Geng Sekufu’, Kongsi Pengalaman Pahit Dikhianati Rakan
“Lepas raya nanti saya akan menyambung pengajian di negara lain pula.
“Yang penting, surprise! Nanti saya akan beritahu,” ujar Cik B kepada Remaja.
Menurutnya, dia tetap memilih untuk melanjutkan pelajaran di negara Eropah dan pengajian tersebut dijangka mengambil masa sekitar setahun setengah untuk diselesaikan.
BACA LAGI: Berjubah Konvokesyen & ‘Mortar Board’, Cik B Dah Habis Belajar?
“Ya, saya masih memilih untuk belajar di negara Eropah.
“Pengajian itu mengambil masa setahun enam bulan untuk saya habiskan,” tambah penyanyi lagu popular Raya Gen Z itu lagi.
Difahamkan, Cik B akan meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan, bidang yang sama seperti yang dia ceburi sebelum ini.
Sekadar info, Cik B telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Sepanyol pada Oktober tahun lalu, dan kini bersedia untuk melangkah ke negara Eropah yang lain untuk meneruskan impiannya dalam bidang tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tanam Snake Plant Tak Boleh Hilangkan Habuk Di Rumah, Ini Penjelasan Yang Korang Perlu Tahu

Sebelum ini telah tular di media sosial mengenai sebuah tanaman yang dikatakan mampu untuk menghilangkan habuk jika diletakkan di dalam ruang kediaman.
Snake Plant atau pun lebih dikenali sebagai pokok lidah jin katanya telah diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu jenis pokok yang boleh hilangkan toksin dan cuci udara di dalam rumah.
Namun begitu, laman Facebook Public Health Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa pada tahun 1989, NASA telah menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.
Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.
Namun adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara?
Jawapannya TIDAK.
Dijelaskan bahawa penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup didalam kebuk udara makmal. Dalam ruang pejabat/bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M korang memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan.
Huh, maksudnya selama ni yang viral mengatakan snake plant ni boleh mengurangkan habuk dalam rumah tidak benarlah ya?
Kalau korang lihat ramai yang cuba ambil kesempatan untuk menjual tumbuhan tersebut dengan harga yang tinggi. Jadi, jangan terpedaya semata-mata nak hilangkan habuk di rumah, korang berhabis duit pula nak membeli snake plant ini pula.
Menanam tumbuhan di rumah memang bagus untuk mengurangkan stress dan memberi kesan positif pada mood individu dan tenaga, tapi ia adalah kurang berkesan bagi menapis habuk, memberi udara segar serta menapis bahan bertoksik.
Oleh tu, jangan terlampau taksub nak hilangkan habuk dengan menanam tumbuhan ini di rumah.
Sumber: Public Health Malaysia
Beli Tanpa Rasa Terbeban, Pengguna SPayLater Nikmati Promosi Berterusan Setiap Bulan

Isi Kandungan
ToggleTiga tahun setelah diperkenalkan kepada pengguna aplikasi Shopee di Malaysia, fungsi pembayaran SPayLater ternyata amat membantu agar orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan dengan chill, terancang and mudah.
Persis menggunakan kad kredit di mana korang boleh berbelanja dahulu dan hanya perlu membayar kemudian, pengguna Shopee yang telah mengaktifkan fungsi SPayLater dalam aplikasi berkenaan boleh membuat pembayaran secara ansuran bulanan tanpa rasa terbeban.
Iyalah, orang ramai kini bukan hanya menggunakan aplikasi Shopee untuk mendapatkan barangan bersifat ‘kehendak’ tetapi juga barangan keperluan setiap hari.
Antaranya termasuk barangan runcit, insurans, makanan, keperluan di rumah, item elektronik dan macam-macam lagi. Malah, makanan haiwan peliharaan pun boleh dibeli menggunakan SPayLater tau!
Maklumlah, makanan ‘Oyen’ sekarang tidak semurah dahulu. Oleh itu, SPayLater membolehkan pembeliannya dan item-item lain di atas lebih mampu milik.
Oleh itu, REMAJA hendak mengajak korang melihat enam kelebihan utama penggunaan SPayLater yang disediakan oleh Shopee ini agar cara perbelanjaan korang selepas ini boleh dilakukan secara lebih bijak, bertanggungjawab dan mudah!
Bukan Hanya Di Shopee
Haa, macam mana tu?
Ya! SPayLater bukan tertakluk kepada pembelian atas talian sahaja tetapi juga boleh digunakan di stor atas talian lain dan juga di stor fizikal. Asalkan korang mempunyai akaun Shopee, cara pembayaran ansuran SPayLater ini boleh digunakan.
Apa yang perlu korang lakukan hanyalah skan mana-mana kod DuitNow QR menggunakan e-dompet ShopeePay dan pilih kaedah pembayaran SPayLater.
Banyak Betul Boleh Beli
Jika dahulu Shopee hanya tertumpu kepada barangan yang ingin korang miliki sekali-sekala, sekarang tidak lagi apabila ia menawarkan banyak jenama kegemaran rakyat Malaysia yang menerima pembayaran secara SPayLater termasuklah MYDIN, Lotus’s, Petron, Zus Coffee, Al-Ikhsan dan banyak lagi.
Tambahan pula, SPayLater menawarkan diskaun 31 peratus EKSTRA dengan baucar ‘1 Sen Sahaja’ sehingga 16 September ini apabila menggunakan baucar SPayLater di mana-mana kedai terpilih seperti yang disebut di atas. Serius! Korang tidak mahu lepaskan peluang, dapat jimat banyak tauu..
Nak tahu di mana lagi yang membenarkan bayaran menggunakan SPayLater dan mempunyai tawaran tawaran hebat dengan SPayLater? KLIK SINI.
Tanpa Rasa Was Was
SPayLater mematuhi panduan syariah dan keselamatan seperti yang disahkan oleh firma penasihat syariah global, Amanie Advisors yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Sekiranya korang terlambat melakukan pembayaran semula, korang tidak perlulah risau kerana SPayLater hanya akan mengenakan korang cas sebanyak sekali dengan nilai RM10.
Kredit Ikut Kemampuan
Jumlah kredit SPayLater dalam akaun Shopee korang bergantung sama ada korang bertanggungjawab ataupun tidak dalam pembayaran semula. Jumlah itu boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada cara penggunaan dan penggunaan korang dari semasa ke semasa.
Ini agar korang tidaklah berbelanja melebihi kemampuan. Lagipun, lebih senang untuk korang meneliti perbelanjaan bijak dengan cara sebegini.
Ansuran Tanpa Caj Tambahan
Selalunya, SPayLater akan mengenakan caj pemprosesan ansuran pada kadar 1.5 peratus. Okaylah kan, tidak membebankan. Korang boleh mengagihkan bayaran ansuran sehingga tempoh 6 ke 12 bulan tanpa apa-apa caj tambahan selain caj pemprosesan ansuran tadi.
Namun istimewanya sekarang, SPayLater sedang menawarkan 0 peratus bayaran pemprosesan untuk tempoh sehingga 3-bulan bayaran semula. Nah, rebut cepat!
Promosi Berterusan
Dekat mana lagilah korang boleh dapatkan promosi sepanjang tahun? Hanya di SPayLater, mereka memang tidak lokek untuk berkongsi banyak promosi menarik pada setiap minggu.
Terkini, pengguna baharu SPayLater ditawarkan dengan diskaun hingga RM25 iaitu RM15 untuk digunakan secara online manakala RM10 lagi boleh digunakan di kedai-kedai fizikal. Fuhh, untung betul.
Jadi tunggu apa lagi? Jom aktifkan SPayLater korang hari ini!
Buat pengguna setia SPayLater sama ada di atas talian mahupun di stor fizikal, korang jangan pula risau banyak promosi-promosi lain turut ditawarkan.
Happy Shopping!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas Setahun Ponteng Kelas, Pelajar Ini Buktikan Kanser Bukan Penghalang Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Pernah menyangka tidak sempat menduduki SPM akibat menghadapi kanser, namun Mohamed Adam Baihaqi Mohamed Zadro (19) membuktikan segalanya mungkin dengan semangat kental apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2024 di SMK Bachok selepas memperoleh semua A, meskipun terpaksa ‘ponteng’ sekolah hampir setahun untuk menjalani rawatan.
Menurut laporan Sinar Bestari, segalanya bermula pada Mac 2023 apabila Adam disahkan menghidap kanser dan perlu berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menjalani enam sesi kemoterapi.
Disebabkan rawatan intensif, Adam kerap tidak hadir ke sekolah dan pernah terpaksa melupakan persekolahan selama hampir setahun. Meskipun begitu, semangatnya untuk bangkit tidak pernah luntur.
“Saya pernah terfikir tidak sempat menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan akan meninggal dunia selepas disahkan menghidap kanser pada Mac 2023,” katanya.
“Selepas terpaksa ponteng sekolah selama setahun kerana perlu fokus kepada rawatan di HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II), melihat rakan-rakan sekelas sudah menduduki SPM dan menyambung belajar, pada waktu itu saya rasa sangat sedih,” luahnya yang kini menjadi inspirasi pelajar di luar sana.
Walau bagaimanapun, segalanya berubah pada Julai 2024 apabila beliau disahkan bebas daripada kanser. Berbekalkan semangat baru, Adam kembali ke sekolah dan fokus sepenuhnya untuk mengejar impiannya menduduki peperiksaan SPM, membuktikan bahawa kesukaran bukan alasan untuk gagal.
Menurut Adam, pengorbanan besar bapanya, Mohamed Zadro Mohd Salleh (50) seorang peniaga santan, dan ibunya, Suzila Abdullah (47) seorang suri rumah telah menjadi pembakar semangat utamanya untuk berjaya.
“Untuk mengubati kanser perlukan wang yang banyak, ayah dan ibu hanya bekerja biasa. Bagaimanapun mereka sanggup buat apa sahaja untuk saya, dari situlah semangat untuk mengulangkaji bersungguh-sungguh hadir,” jelasnya.
“Alhamdulillah, rakan-rakan serta guru-guru banyak membantu sehingga saya berjaya memperoleh semua A dalam tujuh mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu (A-), Sejarah (A-), Matematik (A), Bahasa Inggeris (A), Geografi (A), Pendidikan Islam (A), dan Sains (A),” tambah Adam.
Sementara itu, Adam juga memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) demi merealisasikan impiannya menjadi seorang pendidik.
Baginya, kejayaan ini adalah hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya serta rakan-rakan dan guru-guru yang tidak pernah putus memberi sokongan dan doa.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.