Personaliti media sosial, Cik B tampil menjawab dakwaan dia menumpang kesenangan ibunya yang juga usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, mendedahkan terdapat seorang pengguna telah meninggalkan komen berkenaan di salah satu perkongsiannya.
“Sekarang Cik B menumpang hidup dengan mak, sampai bila..orang tua tak ada kau terkapai-kapai. Duit segunung habis sekelip mata. Awak kena belajar berdikari, boleh survive tak,” komen pengguna tersebut.
BACA LAGI: “Mama Adalah Ayah, Ibu, Kakak Baik & Semua” -Cik B
Enggan berdiam diri, gadis berusia 19 tahun itu tampil menjawab komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan beruntung kerana dikurniakan ibu seperti DSV.
“Kadang saya tak faham, kenapa orang persoalkan kehidupan saya. Kebanyakannya datang daripada orang yang sebangsa dan seagama dengan saya.
“Mama bekerja keras siang dan malam untuk pastikan kami tidak hidup susah. Saya sangat bersyukur dianugerahkan seorang ibu yang hebat, yang dapat penuhi keperluan dan kemahuan saya,” coret Cik B.
Dalam pada itu, Cik B turut berkesempatan memohon doa agar dia dapat menjadi seorang yang hebat seperti ibu tercintanya.
BACA LAGI: “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Pempengaruh, Jadi Belajar!” -Cik B
“Saya kagum sangat dengan mama, yang membuatkan saya bercita-cita untuk menjadi seperti dia satu hari nanti.
“Mungkin saya tak akan menjadi hebat seperti mama tapi harap awak semua boleh doakan saya, semoga saya jadi seorang yang berjaya macam mama,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat selain menasihati Cik B agar tidak mengendahkan komen negatif di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Cik B