Personaliti media sosial popular, Cik B mencuri perhatian warganet apabila dilihat mencuba untuk menutup aurat dengan mengenakan hijab.

Anak perempuan kepada jutawan sensasi, Datuk Seri Vida itu memuat naik video di platform TikTok yang memaparkan dirinya sedang dipakaikan tudung berona hitam oleh seorang penata hijab.

“Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab. Lambat laun kena pakai juga kan,” katanya.

BACA LAGI: Cik B Balas Dakwaan Tumpang Kesenangan Ibu -“Moga Saya Jadi Seorang Yang Berjaya Macam Mama”

Cik B Cuba Tampil Dengan Hijab, Peminat Titip Pujian -“Semoga Dibukakan Pintu Hati Untuk Bertudung”

Gadis berusia 19 tahun berbuat demikian selepas seorang pengguna TikTok tampil memberi cadangan kepadanya untuk mencuba mengenakan hijab.

Pada masa sama, Cik B turut menghargai nasihat daripada pengikutnya di media sosial.

“Doakan Cik B ya. Terima kasih semua yang selalu nasihat dan doakan saya yang baik-baik,” coretnya.

BACA LAGI: “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Pempengaruh, Jadi Belajar!” -Cik B

Cik B Cuba Tampil Dengan Hijab, Peminat Titip Pujian -“Semoga Dibukakan Pintu Hati Untuk Bertudung”

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet memuji dan memberi sokongan buat Cik B agar suatu hari nanti dia akan menutup aurat dengan sempurna.

“Ya Allah Cik B ke ini… sumpah ayunya… semoga dibukakan pintu hati untuk bertudung,” komen seorang pengguna.

“Cantik adik bertudung… semoga dipermudahkan urusan mu…” komen lagi seorang pengguna.

Cik B Cuba Tampil Dengan Hijab, Peminat Titip Pujian -“Semoga Dibukakan Pintu Hati Untuk Bertudung” Cik B Cuba Tampil Dengan Hijab, Peminat Titip Pujian -“Semoga Dibukakan Pintu Hati Untuk Bertudung”

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Cik B

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI