
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @MinazMY, kelihatan Cik B sedang didandan lengkap dengan solekan ringkas.
BACA LAGI: Cik B Bakal Sambung Lagi Pengajian Di Eropah Lepas Raya!
Apa yang lebih menarik perhatian, remaja yang sinonim dengan gaya sempoi dan pakaian ‘boyish’ itu turut menggayakan sepasang baju kurung moden merah bersama tudung senada.
Penampilan Cik B dalam busana tradisional itu sekali gus membuatkan ramai netizen terpegun.
Rata-rata memuji keayuan wajah Cik B yang menyerlah apabila berhijab. Malah, ada juga yang sempat berseloroh, ‘Macam cikgu sekolah pun ada, comel sangat…’
BACA LAGI: Cik B Selesa Berkawan Dengan ‘Geng Sekufu’, Kongsi Pengalaman Pahit Dikhianati Rakan
Ruangan komen turut dibanjiri dengan reaksi positif daripada netizen yang menyifatkan Cik B kelihatan lebih matang dan manis dalam penampilan tersebut.
Walaupun buat masa ini Cik B belum berhijab secara tetap dan hanya memakai tudung untuk keperluan kerja, ramai yang mendoakan agar suatu hari nanti anak muda itu akan terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Minaz