Berita

Cik B Pilih Sepanyol Sebagai Destinasi Untuk Sambung Pengajian -“Korang Tak Rindu CikB Ke?”

Share

Personaliti media sosial popular, Cik B sekali lagi meraih perhatian netizen apabila menjadikan Sepanyol sebagai destinasinya untuk menyambung pelajaran.

Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, memperlihatkan anak perempuan kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu sedang memilih beberapa pasang baju untuk disusun dalam bagasi yang bakal dibawa ke sana nanti.

BACA LAGI: Cik B Balas Dakwaan Tumpang Kesenangan Ibu -“Moga Saya Jadi Seorang Yang Berjaya Macam Mama”

Dalam perkongsian yang sama, Cik B turut meminta pengikutnya meneka destinasi di mana dia akan melanjutkan pelajaran.

Menarik perhatian apabila, ada pengikut yang berjaya meneka Sepanyol, selepas adik lelakiny iaitu Kacak, secara tidak sengaja mendedahkan lokasi tersebut dalam satu sesi siaran langsung sebelum ini.

Pemerhatian Remaja mendapati, hantaran tersebut telah dibanjiri pelbagai reaksi daripada pengguna yang rata-rata teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pempengaruh berusia 19 tahun itu.

“Cik B dah jauh nanti jaga diri baik-baik. Jangan kawan dengan orang yang bukan-bukan tau. Jaga makan, jangan banyak main game,” tulis seorang pengguna.

“Alhamdulillah semoga Cik B akan sentiasa berjaya duniawi dan ukhrowi. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen lagi pengguna lain.

“Kalau dah belajar di luar negara, mesti nanti Cik B lagi bergaya,” komen pengikutnya lain.

Menjengah hantaran di Instagram pula, dilihat Cik B ada berkongsi momen dirinya bersama keluarga di negara tersebut.

”Cik B sambung belajar di Spain, korang tak rindu Cik B ke?”

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: TikTok Cik B

Published by
Fath