Berita

Cik B Restu DSV Cari Calon Suami, Asalkan…

Share

Anak perempuan kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B kini terbuka hati dan memberi lampu hijau buat ibu tercintanya untuk mencari calon suami.

Menurut Cik B, dia semakin memahami situasi wanita tanpa lelaki di sisi namun berharap penyanyi lagu popular I Am Me itu berhati-hati dalam memilih peneman hidupnya.

BACA LAGI: Cik B Berjaya Miliki Kereta Mewah Brabus G63, Titip Penghargaan Buat DSV Sebagai Tulang Belakangnya

“Mama nak ke suami baharu? Kalau mama nak, ikut mama lah. Saya tak kisah, sebab saya pun faham perasaan sendu (sunyi). Memang dahulu saya tak bagi (kahwin) sebab masa kecil saya tak faham lagi.

“Tapi mama jangan buta kerana cinta, mama carilah orang yang bagus,” katanya menerusi siaran langsung dalam Tiktok menjawab pertanyaan ibunya mengenai soal jodoh.

Ruangan komen mendapati, rata-rata warganet memuji Cik B yang semakin dewasa dan mahu ibunya bahagia di samping bakal pasangan.

“Cik B terlalu sayang mama dia. Sebab tu dia nak hanya yang betul-betul ikhlas sayang mama dia.

“Bukan sebab harta. Dia tidak mahu ibunya terus disakiti dek cinta,” tulis seorang pengguna TikTok itu.

“Terharu pula tengok Cik B cakap macam itu, dia faham DSV sunyi dan perlukan teman sekatil,” demikian komen netizen itu.

Sebelum ini, DSV pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali namun tidak berpanjangan.

Sekitar tahun 2021, bertebaran spekulasi mendakwa DSV bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Cik B

Published by
Fath