Berita

Cik B Selesa Berkawan Dengan ‘Geng Sekufu’, Kongsi Pengalaman Pahit Dikhianati Rakan

Share

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B, mengakui bahawa dia kini selesa berkawan dengan Qadejah, Ara Aziz, dan Alyssa Dezek, dan merasakan hubungan persahabatan mereka terjalin dengan ikhlas.

Bagaimanapun, Cik B turut berkongsi pengalaman pahit apabila pernah dikhianati oleh rakan sendiri. Namun, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang hal itu, menganggapnya sebagai cerita lama yang tidak perlu diungkit semula.

“Tahun ini saya rasa sangat seronok sebab dapat jumpa kawan macam mereka. Sebelum ini, saya selalu jumpa kawan yang mengambil kesempatan terhadap saya.

BACA LAGI: Berjubah Konvokesyen & ‘Mortar Board’, Cik B Dah Habis Belajar?

“Mereka juga memahami perasaan saya, dan saya pun dapat memahami perasaan mereka. Pada tahun 2024, saya pernah berkawan dengan seseorang yang menikam belakang saya dan mencuri barang saya.

“Saya tak tahu apa masalah dia, tapi saya tak mahu cakap lebih lanjut. Biarlah perkara itu berlalu. Sebenarnya, cerita ini dah lama. Kalau saya cerita nanti, dia akan cakap saya buka balik aib dia. Tapi, apa yang boleh saya katakan, barang yang dia curi ialah Balenciaga saya,” katanya kepada Remaja.

Cik B turut meluahkan rasa gembira kerana kini dikelilingi oleh kawan perempuan setelah sekian lama hanya berkawan dengan lelaki.

BACA LAGI: Didakwa Tak Fokus Dalam Kelas, Cik B Tampil Beri Penjelasan -“Sebab Itu Kena Bertanya, Jangan Terus Menghukum..”

Baginya, mempunyai kawan perempuan memberi peluang untuk dia menonjolkan sisi kewanitaan yang sebelum ini jarang diketengahkan.

“Ini sesuatu yang menyeronokkan bagi saya sebab selalunya saya hanya ada kawan lelaki, tapi sekarang saya ada kawan perempuan.

“Jadi, saya boleh tunjukkan sisi kewanitaan yang ada dalam diri saya. Saya rasa macam kita ‘Baddie’,” tambahnya.

Mereka juga mempunyai sebuah kumpulan WhatsApp yang sentiasa meriah, di mana mereka berkongsi pelbagai informasi, kata-kata motivasi, dan saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Selain itu, Cik B juga menekankan bahawa kini dia mahu mencari rakan yang sehaluan dalam pemikiran, bukan sekadar melihat kekayaan semata-mata.

Bagi Cik B, penting untuk dia dikelilingi oleh individu yang memahami visi dalam dunia seni dan perniagaan.

“Saya mahu dikelilingi oleh kawan yang memahami visi serta impian saya dalam dunia seni dan perniagaan. Saya berharap dapat bertemu dengan individu yang benar-benar menyokong impian dan hala tujunya,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath