Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian kini sedang hangat ditayanh di slot Lestary TV3.
Seperti yang dijangka, pelakon yang memancing perhatian menerusi drama ini ialah Cik B. Rata-rata pengguna aktif media sosial mengenali siapakah gerangan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida ini.
Seringkali memuat naik content ala hype beast dan kadangkala content lucu bersama mamanya itu, gelagat Cik B yang baru berusia 16 tahun sememangnya comel pada pandangan netizen dan pengikutnya.
Semasa sesi temuramah langsung REMAJA bersama salah seorang pelakon drama ini iaitu Aniq Suhair baru-baru ini, seorang peminat Aniq bertanyakan mengenai karakter Cik B di set penggambaran memandangkan ini merupakan kemunculan pertamanya sebagai seorang pelakon.
“Cik B ini seorang yang sangat pemalu tapi bila sudah mengenalinya, dia amat peramah dan happy go lucky. Kalau korang nak tahu, Cik B seorang yang cepat belajar. Walaupun ini merupakan kali pertama dia berlakon drama tapi dia sangat profesional.
“Bila dia memasuki set, dia terus ‘masuk karakter’ tetapi sebaik pengarah menjerit cut, dia terus menjadi Cik B semula.”
Sebelum ini, Aniq dan Cik B telah berkongsi beberapa foto dan video semasa di set dan ia telah mencuri perhatian peminat mereka berdua. Patut la mereka ni nampak macam dah kenal lama je kan.
A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ
Walaupun nama Aniq atau karakternya, Arep sedang menjadi bualan ramai peminat drama tersebut, remaja dari Kuala Lumpur ini sedang sibuk di set pengambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu yang bakal ditayangkan awal tahun depan.
Aniq turut berkongsi cerita menyertai kelas lakonan anjuran pelakon, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy demi menimba lebih ilmu dalam bidang lakonan bersama beberapa finalis Hero Remaja 2020 yang lain.
Cayalah Aniq. Remaja doakan supaya Aniq terus berjaya dalam industri hiburan tanah air.
Bagi korang yang terlepas temuramah REMAJA bersama Aniq, klik pautan video DI SINI.