Hiburan

Cik B Trauma Dengan Lelaki, Tiada Perasaan Nak Rindu Bapa Kandung

Share

Terbaru, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan bahawa dia trauma dengan kaum lelaki susulan membesar tanpa bapa kandung sejak kecil.

Menurut Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin (19), dia juga tiada perasaan rindu terhadap bapa dan apabila bercakap mengenai soal bapa, dirinya terasa kosong.

“Saya dah tak bersama ayah sejak kecil lagi, daripada 2 ke 3 tahun macam tu. Jumpa dia pun macam meminta”

“Saya rasa biasa saja, tiada perasaan rindu apa semua. Trauma dengan dia, trauma dengan lelaki”

Kredit: Instagram @myaudioplus

Cik B berkongsi hal tersebut menerusi Podcast Bukak Mulut yang dimuat naik di Instagram @myaudioplus.

Dalam pada itu, Cik B turut memberitahu bapanya pernah menghubunginya beberapa kali menerusi media sosial. Namun, dia memilih untuk mengabaikan mesej tersebut.

“Dia ada DM saya di Instagram tapi tiada perbualan antara kami. Waktu dah besar baru dia cari. Orang akan cakap dia tetap ayah. Ya, betul dia tetap ayah kita”

Kredit: Instagram @myaudioplus

Sementara itu, Cik B meluahkan rasa syukur kerana ibunya, Datuk Seri Vida banyak memainkan peranan sebagai bapa terhadap dia dan adik lelakinya.

Bukan setakat itu, malah Cik B menganggap Datuk Seri Vida sebagai ibu, bapa, kakak dan juga rakan baiknya.

Kredit: Instagram @myaudioplus

“Mama dia pegang tanggungjawab sebagai ayah dan keluarga. Jadi mama ini adalah saya punya ayah, mak, kakak dan bestie,” tambahnya.

Sekadar info, Datuk Seri Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Walau bagaimanapun, semuanya berakhir dengan penceraian.

Selain Cik B, Datuk Seri Vida mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk Eric Zaquan (Kacak) tetapi anak pertama dan keduanya meninggal dunia dalam suatu kejadian kebakaran pada tahun 2013.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE